PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Tuesday, June 28, 2011

Terjemahan Surah Al-Fatihah

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 
[2] 
 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. 

Lempeng n Kari Ayam

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Semalam menu makan malam aku kari ayam hutan buatan ku sendiri bersama sayur sawi dan ikan goreng..Sedap hingga jilat jari (puji diri-sendiri)..Bangun pagi tadi aku pergi ke dapur nak buat sarapan..Pastu aku selak tudung periuk tengok kuah kari ayam semalam masih ada lagi..So dalam hati aku terdetik "kuah kari nie kalau cicah dengan lempeng sedap nie..."Tanpa berlenggah lagi aku terus ambil bekas, tepung gandum, garam n air..Bermulalah proses buat lempeng..Masa bancuhan masuk dalam kuali, bau dia betul2 buat aku tak sabar untuk makan..Aku rasa dah lama tak makan macam nie..Bila dah siap masak aku tak terus makan sebab aku nak bawa pergi ofis..

Bila sampai ofis, tanpa buang masa aku terus buka tupper ware dan makan ngan rakan kerjaku..Sekali makan memang sedap dan makan sekeping pasti tak cukup..Tapi itulah aku tak sempat nak amik gambar sebab dah habis aku n rakanku makan..Sebelum makan tue memang tak ingat nak amik gambar..Bila sudah kenyang dengan menikmati lempeng, baru aku teringat yang aku lupa nak ambil gambar..

LEMPENG + KARI AYAM + KOPI O PANAS = SEDAPPP