PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Wednesday, July 27, 2011

Ubati Buah Pinggang

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Pada N3 lepas saya telah kongsikan mengenai panduan pemakanan bagi pesakit buah pinggang dan pada kali ini saya nak kongsikan beberapa kaedah mengubatinya..

Jom kita tengok cara-caranya dan amalkan bagi pesakit buah pinggang.

Misai Kucing:
♥ Ambil beberapa helai daun misai kucing dan bersihkannya.
♥ Rebuskan daun tersebut sampai mendidih.
♥ Setelah mendidih, biarkannya suam.
♥ Kemudian, minumlah air rebusan daun misai kucing ni 2 kali sehari.
♥ Amalkannya setiap hari selama seminggu.



Daun Pegaga:
♥ Ambil beberapa helai daun pegaga beserta akarnya sekali.
♥ Bersihkannya terlebih dahulu.
♥ Kemudian, tumbuk daun pegaga tadi dan perahkan airnya.
♥ Perahkanlah air pegaga tu ke dalam cawan dan campurkannya dengan sebiji telur itik. Tapi hanya perlukan bahagian putih telur saja.
♥ Kemudian, kacaukan campuran tersebut dan minumlah sekali sehari.
♥ Amalkan petua ini setiap hari selama seminggu.Amalkan petua ini setiap hari selama seminggu.
 *sumber di sini
Timun:
♥ Ambil 5 kilo mentimun dan dikupas kulitnya. Kemudian kulit timun tersebut direbus bersama 3 tangkai daun parsli atau dikenali juga dengan daun ketumbar. Rebus dengan 3 kali ganda air. Rebus sehingga air tinggal setengah. Tapis dan disimpan di dalam peti sejuk. Minum sebanyak segelas air tersebut, 3 kali sehari selama 40 hari. InsyaAllah, penyakit buah pinggang yang kronik juga mampu sembuh dengan izin Allah.   
  *sumber di sini

Pokok Jarum 7 Bilah:
♥ 3 Cara Rawatan: 
1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh dan diminum.
2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari.
3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum.
Peringatan:
Amalan perubatan ini amat popular di kalangan masyarakat cina. Pengambilan sebarang jenis teh dilarang kerana dapat menghapuskan khasiat daun di dalam badan. Jadi yang sedang mengambil atau makan daun herba ini, cuba elak minum teh apa jenama pun. Kopi o tak mengapa. 
 *sumber disini
Nota: Selamat Mencuba..Semoga dengan amalkan ini, penyakit akan sembuh dengan izin Allah SWT..

Panduan Diet Permulaan Untuk Pesakit Hemodialisis@Buah Pinggang

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Apabila anda atau ahli keluarga anda telah disahkan mempunyai masalah buah pinggang peringkat akhir atau pun disebut sebagai kegagalan buah pinggang,soal pemakanan amatlah perlu diperhatikan kerana ianya memainkan peranan yang sangat penting. 

Dalam artikel kali ini saya akan berkongsikan panduan diet yang boleh anda gunakan sebagai rujukan.
Sebagai permulaan anda memerlukan:
  • Makanan yang lebih tinggi kandungan proteinnya.
  • Kurangkan atau elakkan makanan yang terlalu tinggi kandungan garamnya, potasium dan makanan yang tinggi kandungan fosforus contohnya seperti usus,limpa,kacang dan juga minuman berkarbonat.
  • Pelajari berapa banyakkah jumlah air yang selamat untuk anda minum setiap hari.Ini termasuklah kopi,teh dan minuman kegemaran yang lain.
Garam Dan Sodium
  • Gunakan sedikit garam dalam makanan anda dan kurangkan memakan makanan yang masin rasanya.Ini dapat membantu mengawal tekanan darah  dan dapat mengurangkan berat badan diantara sesi dialisis.
  • Gunakan herba,rempah-ratus dan penambah perisa yang rendah kandungan garamnya sebagai menggantikan garam.
  • Elakkan menggunakan garam yang dibuat dengan potasium.
Daging dan Protein
♥ Sekiranya anda menjalani rawatan dialisis,maka anda perlu lebihkan pengambilan makanan berprotein.Proein boleh membantu mengekalkan tahap protein dalam darah dan akan meningkatkan kesihatan.
♥ Makan makanan yang berprotein tinggi seperti daging,ikan dan juga telur pada setiap kali anda makan,atau sekitar 8 hingga 10 auns  makanan berprotein tinggi setiap hari.
*3 auns = saiz sebesar satu set kad,satu potongan sederhana daging,1/4 pai kecil hamburger,1/2 dada ayam dan satu potongan fillet ikan.
*1 auns = 1 biji telur atau 1/4 cawan pengganti telur,1/4 cawan tuna,1/4 cawan keju dan juga 1 potong lunchmeat yang rendah kandungan sodium.

Nota:Walaupun mentega kacang,kacang,biji-bijian kacang kering dan lain-lain jenis kacang tergolong dalam makanan berprotein,tetapi ianya tidak digalakkan kerana kedua-duanya tinggi kandungan potassium dan fosforus.

Biji-bijian,Gandum & Roti
♥ Kecuali anda memerlukan untuk menghadkan pengambilan kalori anda untuk menurunkan berat badan dan/atau menguruskan pengambilan karbohidrat untuk kawalan gula dalam darah,maka anda boleh makan sebanyak yang anda inginkan dari kumpulan makanan di atas.
♥ Ini kerana biji-bijian,gandum dan roti adalah merupakan sumber kalori yang baik.Bagi kebanyakan orang mereka memerlukan 6 hingga 11 hidangan setiap hari dari kumpulan makanan ini.

Jumlah yang sama dengan satu hidangan:
  • 1 keping roti
  • 1/2 muffin
  • 1/2 bagel
  • 1/2 roti hamburger
  • 1/2 roti hotdog
  • 1 hingga 6 inci tortilla
  • 1/2 cawan pasta yang dimasak
  • 1/2 cawan nasi putih
  • 1/2 cawan bijirin yang dimasak(seperti bubur gandum)
  • 1 cawan bijirin sejuk (seperti kerepek jagung atau beras rangup)
  • 4 keropok tawar
  • 1 setengah cawan bertih jagung tawar
  • 10 wafer perisa vanilla
♥ Elakkan pengambilan gandum dan makanan tinggi serat seperti roti gandum,bijirin dan beras merah untuk membantu anda mengawal pengambilan fosforus.Dengan  mengawal pengambilan makanan dari hasil tenusu,anda telah melindungi tulang dan pembuluh darah anda.

Susu,Yogurt & Keju
♥ Hadkan pengambilan susu,yogurt dan keju untuk 1/2 cawan susu atau 1/2 cawan yogurt atau 1 auns keju setiap hari.Ini kerana kebanyakan makanan berasaskan tenusu sangat tinggi kandungan fosforusnya.
Isi fosforus adalah sama untuk semua jenis susu skim,susu rendah lemak dan keseluruhan jenis susu.Jika anda memakan makanan yang tinggi kandungan fosforusnya,pastikan anda ambil bersama-sama dengan pengikat fosfat. Makanan berasaskan tenusu yang rendah kandungan fosforusnya ialah:
  • Mentega dan marjerin
  • Keju krim
  • Keju Ricotta
♥ Jika anda seorang yang memiliki atau berisiko mempunyai penyakit jantung,beberapa jenis makanan lemak tinggi yang disenaraikan di atas mungkin bukan pilihan yang terbaik untuk anda. Beberapa jenama krim bukan tenusu dan juga susu(seperti susu beras) adalah rendah kandungan fosforus dan potassium.Tanyalah pakar pemakanan anda dengan lebih lanjut.
 
Buah-Buahan/Jus
♥ Semua jenis buah-buahan mempunyai beberapa potassium,tetapi ada juga sesetengahnya mempunyai kandungan yang lebih tinggi antara satu sama lain.Buah-buahan yang mengandungi nilai potassium terlalu tinggi ini mestilah dikurangkan atau dielakkan terus pengambilannya.Ini kerana dengan mengurangkan pengambilan potassium yang berlebihan dapat melindungi jantung anda. Hadkan atau elakkan pengambilan:
  • Jeruk dan juga jus jeruk
  • Buah Kiwi
  • Prun dan juga jus prun
  • Kismis dan buah kering
  • Pisang
  • Tembikai(tembikai wangi dan tembikai susu)
♥ Selalulah hindari memakan buah belimbing. Makanlah 2-3 hidangan buah yang rendah potassium setiap hari. Satu hidangan = 1/2 cawan atau 1 buah kecil atau 4 auns jus.
Pilihlah:
  • Epal – 1
  • Berri – 1/2 cawan
  • Ceri – 10
  • Buah koktel yang telah ditoskan – 1/2 cawan
  • Anggur – 15
  • Buah pic -1 buah kecil yang segar dan toskan
  • Buah pir,segar atau yang ditinkan,toskan(dibahagikan dua)
  • Nenas – 1/2 cawan tin,toskan
  • Buah tembikai – 1 biji kecil
Minuman
  • Jus epal
  • koktel jus kranberri
  • Jus anggur
  • Lemonade
Sayuran
♥ Semua jenis sayuran mempunyai beberapa potassium.Tetapi ada sayur-sayuran tertentu yang mempunyai kandungan potassium yang tinggi dari yang lain.Oleh itu ianya mesti dikurangkan atau dielakkan sama-sekali kerana pengambilan jumlah potassium yang sedikit boleh melindungi jantung anda.
♥ Makanlah 2-3 hidangan sayuran yang rendah potassium setiap hari.Satu hidangan = 1/2 gelas
Pilihlah:
  • Brokoli
  • Kubis
  • Lobak
  • Kubus bunga
  • Saderi
  • Timun
  • Terung
  • Bawang Putih
  • Kacang panjang
  • Salad Air
Kurang atau elakkan:
  • Kentang (termasuk french fries,kerepek kentang da ubi jalar)
  • Tomato termasuk sos tomato
  • Labu
  • Asparagus
  • Buah avocado
  • Bayam dimasak
Pencuci Mulut
♥ Bergantung kepada keperluan kalori anda,ahli diet anda boleh mengesyorkan pencuci mulut berkalori tinggi.Pai,biskut dan kuih-muih adalah pilihan terbaik(tetapi hadkan pencuci mulut berasaskan tenusu dan yang dihasilkan dari coklat,kacang dan pisang).Sekiranya anda seorang pesakit diabetis,berbincanglah dengan ahli diet anda tentang pilihan pencuci mulut yang rendah karbohidrat.

Nota: Oklah, itulah sedikit perkongsian saya setakat ini tentang panduan diet untuk pesakit hemodialisis.
*sumber di sini

Adab-Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Puasa adalah satu ibadah yang telah ditetapkan oleh Allah azza wa jalla. Allah s.w.t menjadikan Rasul-Nya contoh terbaik yang memberi panduan untuk umat manusia beribadah supaya terlaksana dengan sempurna dan diterima di sisi-Nya. Bagi menambah lagi ganjaran pahala puasa, Rasulullah s.a.w menerangkan pada kita beberapa adab yang perlu dicontohi berhubung dengan ibadah ini. Di antara adab yang perlu diikuti oleh seseorang Muslim semasa berbuka puasa ialah:

a) Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. 
♥ Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa (Riwayat Bukhari dan Muslim).

♥ Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):
“Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”(at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

b) Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. 
♥ Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.” (Riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

♥ Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): “Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.” (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

c) Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. 
♥ Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

♥ Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
♥ Riwayat di atas juga menambah: "Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk". (An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

♥ Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut: “Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.” (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).

♥ Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

♥ Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H): “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.” (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

d) Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. 
♥ Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya: "Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan". (Surah al-`Araf:31).

♥ Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut: “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih.Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

♥ Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

e) Berdoa ketika berbuka. 
♥ Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

♥ Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:
”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.” (Faidh al-Qadir, 2/500).

♥ Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.” (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

♥ Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

f) Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka. 
♥ Kata Anas r.a.: “Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). 

♥ Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

Nota : Diharapkan agar Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih dekat pada Allah azza wa jalla dan mencintai sunnah Rasulullah saw dengan mengamalkan ibadat-ibadat yang thabit lagi sahih seperti yang dituntut oleh syarak demi mencari redha Ilahi. Sesungguhnya ibadah yang bersandarkan sumber benar-benar pasti dari Rasulullah saw mudah diamalkan dan diberkati.
*sumber di sini