BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Apabila anda atau ahli keluarga anda telah disahkan mempunyai masalah buah pinggang peringkat akhir atau pun disebut sebagai kegagalan buah pinggang,soal pemakanan amatlah perlu diperhatikan kerana ianya memainkan peranan yang sangat penting.
Dalam artikel kali ini saya akan berkongsikan panduan diet yang boleh anda gunakan sebagai rujukan.
Sebagai permulaan anda memerlukan:
- Makanan yang lebih tinggi kandungan proteinnya.
- Kurangkan atau elakkan makanan yang terlalu tinggi kandungan garamnya, potasium dan makanan yang tinggi kandungan fosforus contohnya seperti usus,limpa,kacang dan juga minuman berkarbonat.
- Pelajari berapa banyakkah jumlah air yang selamat untuk anda minum setiap hari.Ini termasuklah kopi,teh dan minuman kegemaran yang lain.
Garam Dan Sodium
- Gunakan sedikit garam dalam makanan anda dan kurangkan memakan makanan yang masin rasanya.Ini dapat membantu mengawal tekanan darah dan dapat mengurangkan berat badan diantara sesi dialisis.
- Gunakan herba,rempah-ratus dan penambah perisa yang rendah kandungan garamnya sebagai menggantikan garam.
- Elakkan menggunakan garam yang dibuat dengan potasium.
Daging dan Protein
♥ Sekiranya anda menjalani rawatan dialisis,maka anda perlu lebihkan pengambilan makanan berprotein.Proein boleh membantu mengekalkan tahap protein dalam darah dan akan meningkatkan kesihatan.
♥ Makan makanan yang berprotein tinggi seperti daging,ikan dan juga telur pada setiap kali anda makan,atau sekitar 8 hingga 10 auns makanan berprotein tinggi setiap hari.
*3 auns = saiz sebesar satu set kad,satu potongan sederhana daging,1/4 pai kecil hamburger,1/2 dada ayam dan satu potongan fillet ikan.
*1 auns = 1 biji telur atau 1/4 cawan pengganti telur,1/4 cawan tuna,1/4 cawan keju dan juga 1 potong lunchmeat yang rendah kandungan sodium.
Nota:Walaupun mentega kacang,kacang,biji-bijian kacang kering dan lain-lain jenis kacang tergolong dalam makanan berprotein,tetapi ianya tidak digalakkan kerana kedua-duanya tinggi kandungan potassium dan fosforus.
Biji-bijian,Gandum & Roti
♥ Kecuali anda memerlukan untuk menghadkan pengambilan kalori anda untuk menurunkan berat badan dan/atau menguruskan pengambilan karbohidrat untuk kawalan gula dalam darah,maka anda boleh makan sebanyak yang anda inginkan dari kumpulan makanan di atas.
♥ Ini kerana biji-bijian,gandum dan roti adalah merupakan sumber kalori yang baik.Bagi kebanyakan orang mereka memerlukan 6 hingga 11 hidangan setiap hari dari kumpulan makanan ini.
Jumlah yang sama dengan satu hidangan:
- 1 keping roti
- 1/2 muffin
- 1/2 bagel
- 1/2 roti hamburger
- 1/2 roti hotdog
- 1 hingga 6 inci tortilla
- 1/2 cawan pasta yang dimasak
- 1/2 cawan nasi putih
- 1/2 cawan bijirin yang dimasak(seperti bubur gandum)
- 1 cawan bijirin sejuk (seperti kerepek jagung atau beras rangup)
- 4 keropok tawar
- 1 setengah cawan bertih jagung tawar
- 10 wafer perisa vanilla
♥ Elakkan pengambilan gandum dan makanan tinggi serat seperti roti gandum,bijirin dan beras merah untuk membantu anda mengawal pengambilan fosforus.Dengan mengawal pengambilan makanan dari hasil tenusu,anda telah melindungi tulang dan pembuluh darah anda.
Susu,Yogurt & Keju
♥ Hadkan pengambilan susu,yogurt dan keju untuk 1/2 cawan susu atau 1/2 cawan yogurt atau 1 auns keju setiap hari.Ini kerana kebanyakan makanan berasaskan tenusu sangat tinggi kandungan fosforusnya.
Isi fosforus adalah sama untuk semua jenis susu skim,susu rendah lemak dan keseluruhan jenis susu.Jika anda memakan makanan yang tinggi kandungan fosforusnya,pastikan anda ambil bersama-sama dengan pengikat fosfat. Makanan berasaskan tenusu yang rendah kandungan fosforusnya ialah:
- Mentega dan marjerin
- Keju krim
- Keju Ricotta
♥ Jika anda seorang yang memiliki atau berisiko mempunyai penyakit jantung,beberapa jenis makanan lemak tinggi yang disenaraikan di atas mungkin bukan pilihan yang terbaik untuk anda. Beberapa jenama krim bukan tenusu dan juga susu(seperti susu beras) adalah rendah kandungan fosforus dan potassium.Tanyalah pakar pemakanan anda dengan lebih lanjut.
Buah-Buahan/Jus
♥ Semua jenis buah-buahan mempunyai beberapa potassium,tetapi ada juga sesetengahnya mempunyai kandungan yang lebih tinggi antara satu sama lain.Buah-buahan yang mengandungi nilai potassium terlalu tinggi ini mestilah dikurangkan atau dielakkan terus pengambilannya.Ini kerana dengan mengurangkan pengambilan potassium yang berlebihan dapat melindungi jantung anda. Hadkan atau elakkan pengambilan:
- Jeruk dan juga jus jeruk
- Buah Kiwi
- Prun dan juga jus prun
- Kismis dan buah kering
- Pisang
- Tembikai(tembikai wangi dan tembikai susu)
♥ Selalulah hindari memakan buah belimbing. Makanlah 2-3 hidangan buah yang rendah potassium setiap hari. Satu hidangan = 1/2 cawan atau 1 buah kecil atau 4 auns jus.
Pilihlah:
- Epal – 1
- Berri – 1/2 cawan
- Ceri – 10
- Buah koktel yang telah ditoskan – 1/2 cawan
- Anggur – 15
- Buah pic -1 buah kecil yang segar dan toskan
- Buah pir,segar atau yang ditinkan,toskan(dibahagikan dua)
- Nenas – 1/2 cawan tin,toskan
- Buah tembikai – 1 biji kecil
Minuman
- Jus epal
- koktel jus kranberri
- Jus anggur
- Lemonade
Sayuran
♥ Semua jenis sayuran mempunyai beberapa potassium.Tetapi ada sayur-sayuran tertentu yang mempunyai kandungan potassium yang tinggi dari yang lain.Oleh itu ianya mesti dikurangkan atau dielakkan sama-sekali kerana pengambilan jumlah potassium yang sedikit boleh melindungi jantung anda.
♥ Makanlah 2-3 hidangan sayuran yang rendah potassium setiap hari.Satu hidangan = 1/2 gelas
Pilihlah:
- Brokoli
- Kubis
- Lobak
- Kubus bunga
- Saderi
- Timun
- Terung
- Bawang Putih
- Kacang panjang
- Salad Air
Kurang atau elakkan:
- Kentang (termasuk french fries,kerepek kentang da ubi jalar)
- Tomato termasuk sos tomato
- Labu
- Asparagus
- Buah avocado
- Bayam dimasak
Pencuci Mulut
♥ Bergantung kepada keperluan kalori anda,ahli diet anda boleh mengesyorkan pencuci mulut berkalori tinggi.Pai,biskut dan kuih-muih adalah pilihan terbaik(tetapi hadkan pencuci mulut berasaskan tenusu dan yang dihasilkan dari coklat,kacang dan pisang).Sekiranya anda seorang pesakit diabetis,berbincanglah dengan ahli diet anda tentang pilihan pencuci mulut yang rendah karbohidrat.
Nota: Oklah, itulah sedikit perkongsian saya setakat ini tentang panduan diet untuk pesakit hemodialisis.
*sumber di sini
No comments:
Post a Comment