BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Memiliki perut yang kempis
serta langsing memang menjadi idaman
setiap lelaki mahupun wanita. Bagi mencapai objektif mengempiskan perut, 4 jenis senaman berikut boleh anda amalkan
setiap hari;
A. Knee Circle
1. Baringkan diri anda dan pastikan
punggung rata di atas lantai.
2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh
sebaris dengan lantai.
3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua
belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.
Senaman knee circle 1
Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam
kiraan 5.
4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke
arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.
5. Pastikan keadaan perut dan bahagian
atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.
Senaman knee circle 2
Pada posisi ini juga, cuba anda tahan
dalam kiraan 5.
6. Seterusnya, luruskan semula lutut
dan kaki anda ke lantai.
Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15
kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke
sebelah kiri untuk langkah no.4.
Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2
set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.
B.
Side Chop
1. Memula, anda berdiri tegak dan buka
sedikit kedua-dua belah kaki.
2. Pegang dumbell atau "medicine ball"
seberat 2 atau 3 kg.
3. Turunkan badan anda kira-kira
separuh bongkok.
4. Kemudian tarik kedua-dua tangan
anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.
Pastikan ketika tangan berada di sisi
badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.
5. Kemudian, bawakan tangan anda
menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan.
Senaman side chop 2
Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di
mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.
Selepas itu, ulang semula langkah di
atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4
dan no.5 ya.
Oklah, nantikan sambungannya di part 2 (macam drama episod pulak)...Saya akan kongsikan lagi dua senaman kempiskan perut di n3 akan datang...
Selamat Mencuba!!!