PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Friday, August 12, 2011

Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
♥ Tidak sembahyang atau solat. 
♥ Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan. 
♥ Makan atas pinggan yang terbalik. 
♥ Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
♥ Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
♥ Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
♥ Suka bersandar pada pintu rumah.
♥ Suka duduk di atas tangga.
♥ Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
♥ Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
♥ Tidak membersihkan rumah.
♥ Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
♥ Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
♥ Suka tidur di atas muka.
♥ Membakar kulit bawang.
♥ Menjahit baju yang sedang dipakai.
♥ Mengelap muka dengan baju.
♥ Berdiri sambil bercekak pinggang.
♥ Tidur tidak memakai baju.
♥ Makan sebelum mandi hadas.
♥ Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
♥ Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
♥ Lambat pulang dari masjid.
♥ Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
♥ Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
♥ Suka memadam pelita dengan nafas.
♥ Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
♥ Membasuh kaki dengan tangan kanan.
♥ Membuang air kecil pada air yang mengalir.
♥ Memakai seluar sambil berdiri.
♥ Memakai serban sambil duduk.
♥ Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
♥ Makan dengan menggunakan dua jari.
♥ Berjalan di antara kambing.
♥ Berjalan di antara dua perempuan.
♥ Suka mempermainkan janggut.
♥ Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
♥ Meletakkan tapak tangan pada hidung.
♥ Suka menggigit kuku dengan mulut.
♥ Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
♥ Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
♥ Menguap ketika solat.
♥ Meludah di tempat buang air besar atau air kecil
*sumber disini

♥Selamat Hari Lahir Abah♥

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Salam jumaat semua..Alhamdulillah, hari nie diberi kesempatan lagi utk kita berpuasa di hari jumaat yang penuh barakah dan ramadhan yang mulia..Hampir seminggu saya tak berblog gara2 kesihatan yang tidak mengizinkan..Nie pun belum betul2 sihat lagi sebenarnya tapi gagahkan jgk la sbb dah rindu nak berblog..

Pada tanggal 10hb Ogos 2011 merupakan hari kelahiran ayahandaku tercinta yang ke-64..Wlupun umur beliau 64 tahun tetapi beliau masih dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah swt..Syukur sgt2..Abah saya cukup sempurna dan saya bersyukur sgt2 mempunyai abah seperti beliau.Kasih sayang abah pada anak2 xde bezanya..Semuanya sama..Abah seorang yang adil dan bijak..Xkira anak itu dah kawin atau belum, abah tetap amik berat n jalankan tanggungjawab sebagai seorang abah walaupun itu bukan tanggungjawabnya lagi..Abah the best n perfect..We Love abah forever n ever.Terima kasih abah kerana telah besarkan kami adik-beradik dengan sempurna..
Di kesempatan ini adik ingin mengucapkan...
♥ sELaMat haRi LaHir ke-64..
♥ sEmoGa abah diPanJanGkaN uMur seRta diMurAhkAn rEzEki..
♥ sEmoGa Allah BeRi aBah kEsihaTan yaNg Baik seRta kEkuAtan daN keCeriaAn kEpaDa AbaH
♥ sEmoGa Allah BeRi KeceRiaaN, kEbaHagiaaN, kEseJahTeRaaN, kErEdHaaN, kEraHmaTan dAn keBerKataN kEpaDa AbaH di DuNia dAn di AkHiraT..Amin