PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Saturday, November 26, 2011

DOA AWAL TAHUN DAN DOA AKHIR TAHUN 1433 HIJRAH

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, selawat dan salam ke atas nabi junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW kerana masih lagi diberi peluang dan nikmat untuk kita kecapi tahun baru islam 1433 Hijrah..

Diharapkan, 1 Muharram 1433H (27 November 2011) ini, bukan hanya sekadar menjadi hari cuti biasa bagi kita. Tetapi, ia menjadi permulaan hari dalam setahun ini, untuk menuju jalan-jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran yang dilaknat. Hayati dan jadikanlah hijrah kali ini menjadi yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW. Semoga iman diperkuat, amalan dipertingkat, perjuangan menegakkan syiar Islam diperhebat. Semoga tahun baru Hijrah (1433) ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.

Oleh itu, sempena menyambut Tahun Baru Hijrah (1433) ini, marilah kita sama-sama menanam azam untuk memperbaiki diri supaya dapat mempertingkatkan iman dan amal ibadah serta amalan-amalan kita kepada Allah SWT disamping itu marilah kita memperbanyakkan istighfar, berzikir, selawat, berdoa dan bertaubat agar kita semua berada dalam keberkatan, kerahmatan serta keredhaan Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW..  

Menjelang petang ini sebelum berakhirnya waktu Asar, menandakan tahun Hijrah 1432 akan melabuhkan tirainya. Dengan itu tahun baru Hijrah 1433 akan muncul selepas waktu maghrib. Marilah kita sama-sama membaca doa "Akhir Tahun Hijrah" pada penghujung waktu Asar, kemudian disusuli dengan membaca doa "Awal Tahun Hijrah"  selepas waktu maghrib. Doa-doa tersebut adalah seperti berikut: 

Doa Akhir Tahun 
♥ Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 
♥ Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya: 
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. 

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka. 

Doa Awal Tahun 
♥ Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad). 
♥ Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
 
Maksudnya: 
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

NOTA: Salam Maal Hijrah Dan Salam 1 Muharram 1433H Kepada Keluarga, Rakan-Rakan , Saudara Mara Serta Semua Umat Islam Tak Kira Di Mana Sahaja Anda Berada..Sayang Kamu Semua♥