PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Monday, July 18, 2011

Penjagaan Kuku

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Wajah, rambut dan kulit sering menjadi perhatian individu tatkala bercakap soal kecantikan. Namun, bagaimana pula dengan kuku?
Sebenarnya, kuku juga memainkan peranan penting dalam soal penampilan. Jangan lupa setiap kali berbicara, tangan kita turut bergerak dan pastinya kuku antara anggota yang mudah dilihat.
Menjaga kuku sebenarnya tidak sukar. Hanya potong dan bersihkan, itu sudah mencukupi. Ingat! Andai ia berpenyakit pasti sukar merawatnya. Penyakit cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam, berwarna kuning atau hitam pasti menjejaskan penampilan.
Rutin Penjagaan Kuku
1. Pastikan kuku dibersihkan selalu terutama bagi mereka yang sering melakukan kerja rumah seperti memasak. Jangan potong kuku terlalu pendek.
2. Rendam dalam air suam dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.
3. Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok kuku dengan kain untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.
4. Pemakaian pelembap tangan dan kuku mengandungi vitamin C membantu mencantikkan kuku.
5. Minum banyak air dapat membantu mendapatkan kuku yang sihat, kuat dan cantik.

Ciri-Ciri Anak Yang Soleh Dan Solehah

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Hari nie hari isnin minggu ketiga bulan julai bersamaan 16 Syabaan..kalau kawan2 perasan, pada N3 yg lalu saya ada cerita tentang suami n isteri solehah..tp pada N3 kali ini, saya nak kongsikan mengenai "Ciri-ciri Anak Solehah"..Jom kita baca..
“Didiklah anak-anakmu dan perbagus adab mereka” (HR. Ibnu Majah)

♥ Mempunyai iman dan aqidah yang sempurna.
♥ Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa,membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal. 
♥ Menghormati Ibubapa,guru,orang tua,jiran & kawan.
♥ Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
♥ Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.
♥ Sentiasa berdoa kepada ibubapa samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
♥ Memiliki akhlak dan moral yang baik.
♥ Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan mahupun pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa. ♥ Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
♥ Ikhlas, yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.

Nota: Ada x ciri-ciri tersebut dalam diri kita? Kalau ada alhamdulillah tapi kalau sebaliknya marilah kita berubah..Sayangilah ibubapa kita..

6 Orang Yang Mendapat Doa Para Malaikat

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya” *(QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:
1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘” *(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia” *(Sahih Muslim no. 469)
3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf” *(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu” *(Sahih Bukhari no. 782)
6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘” *(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)