PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Monday, July 18, 2011

Penjagaan Kuku

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Wajah, rambut dan kulit sering menjadi perhatian individu tatkala bercakap soal kecantikan. Namun, bagaimana pula dengan kuku?
Sebenarnya, kuku juga memainkan peranan penting dalam soal penampilan. Jangan lupa setiap kali berbicara, tangan kita turut bergerak dan pastinya kuku antara anggota yang mudah dilihat.
Menjaga kuku sebenarnya tidak sukar. Hanya potong dan bersihkan, itu sudah mencukupi. Ingat! Andai ia berpenyakit pasti sukar merawatnya. Penyakit cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam, berwarna kuning atau hitam pasti menjejaskan penampilan.
Rutin Penjagaan Kuku
1. Pastikan kuku dibersihkan selalu terutama bagi mereka yang sering melakukan kerja rumah seperti memasak. Jangan potong kuku terlalu pendek.
2. Rendam dalam air suam dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.
3. Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok kuku dengan kain untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.
4. Pemakaian pelembap tangan dan kuku mengandungi vitamin C membantu mencantikkan kuku.
5. Minum banyak air dapat membantu mendapatkan kuku yang sihat, kuat dan cantik.

1 comment: