BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah saw kerana dengan limpah kurniaan ALLAH, kita berjaya melaksanakan ibadah puasa Ramadhan sebulan dan sekarang kita berada dalam bulan Syawal. Bulan yang juga dimuliakan oleh Allah kerana padanya ada amalan berhari raya iaitu pada 1 syawal, dan padanya juga ada amalan berpuasa sunat yang amat besar ganjaran pahalanya, dari Abu Hurairah (r.a), Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan , kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal, adalah seperti berpuasa setahun.”
Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadhan dan berjaya menjalankan ibadah puasa, umat islam sekali lagi diberikan peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu dengan berpuasa enam. Satu keistimewaan yang difahami dari sabda Nabi Muhammad SAW itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling berharga disediakan kepada orang-orang yang mengejar nikmat dan kemurahan Allah taala sepanjang hidup terdapat pula di bulan syawal iaitu puasa enam hari di dalamnya.
Ganjaran pahala diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang berpuasa enam di bulan Syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa setahun. Diantara kelebihan puasa enam hari di bulan syawal :
- Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurnaan pahala dari puasa setahun penuh.
- Puasa Syawal dan Sya’ban bagaikan solat Sunat Rawatib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan Solat Fardhu atau puasa fardhu, kerana pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunat. Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidak sempurnaan, maka amalan puasa sunat dapat menutupi dan menyempurnakannya.
- Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, karena apabila Allah swt menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya.
- Puasa Ramadhan dapat menghapuskan dosa-dosa masa lalu. Orang yang berpuasa Ramadhan akan diganjarkan pahala pada hari Raya puasa yang merupakan hari kemenagan atau pembagian hadiah, puasa enam syahwal merupakan rasa syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.
- Puasa enam hari dalam bulan Syahwal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup.
Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan Nya.
Antara fadhilat puasa enam pada hari pertama sehingga hari keenam adalah :
- Pada hari pertama - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam.
- Pada hari kedua - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf ; keluar dosa dari tubuhnya bagaikan dilahirkan dari perut ibu.
- Pada hari ketiga - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakob ; sekiranya berpuasa tanpa diketahui oleh orang lain, Allah tidak rela untuknya pahala kurang dari syurga.
- Pada hari keempat - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa
- Pada hari kelima - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Isa ; menyamai berpuasa sepanjang tahun.
- Pada hari keenam - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Rasulullah ; jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan istighfar untuknya oleh para malaikat.
Nota : Hukum puasa enam pada bulan Syawal adalah sunat. Segala khasiat yang diperturunkan oleh fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Oleh itu, carilah keredhaan-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.