PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Saturday, July 16, 2011

Suami Soleh

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

♥ Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya.
♥ Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin.
♥ Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
♥ Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
♥Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
♥ Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya.
♥ Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu. 
♥ Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
♥ Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
♥ Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
♥ Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
♥ Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
♥ Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
♥ Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
♥ Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
♥ Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
♥ Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
♥ Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Friday, July 15, 2011

Rahsia Hari Lahir Wanita

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dalam masyarakat Melayu menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu ketika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Ketenangan Hati

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Jumaat datang lagi..Alhamdulillah masih dipanjangkan umur kita semua lagi hingga sampai ke hari jumaat yang penuh barakah ini..Dengan penuh kesyukuran kepada Allah swt yang telah menurunkan air dari langit membasahi bumi di pagi jumaat yang indah ini..

Di pagi jumaat ini, saya nak kongsikan tentang cara tenangkan hati..Jom kita sama-sama baca dan amalkan..

 Doa Tenangkan Hati : 

Cara Menenangkan Hati : oleh pakar motivasi Dato' Dr. Haji Mohd Fadzhilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,  merendah rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok  aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan  sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati  kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Thursday, July 14, 2011

♫♪Rahsia Tahi Lalat♪♫

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Jom kita ceriakan hari ini dengan mengetahui rahsia tahi lalat..Saya pasti semua orang ada tahi lalat..Tetapi saya xpasti la kalau ada orang yang xada tahi lalat..

1) BiBiR
♥ Bibir atas kanan : Banyak rezeki, pandai
♥ Bibir atas kiri : Ramai kawan, baik hati
♥ Bibir bawah kanan : Disegani orang, ramai yang suka
♥ Bibir bawah kiri : Pandai bicara, tak mudah kalah
2) LeHeR
♥ Leher kanan : Cerdas, jujur, berani menderita
♥ Leher kiri : Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
♥ Leher di tengah : Tercapai cita-cita
3) MaTa
♥ Biji mata kanan : Suka serong dan pembohong
♥ Biji mata kiri : Pembohong tetapi baik hati
♥ Hujung mata kanan : Baik hati, sopan santun, cerdas
♥ Hujung mata kiri : Baik budi, murah rezeki
♥ Sudut mata kanan dalam : Disayang suami atau isteri
♥ Sudut mata kiri dalam : Tidak mudah dilupakan pasangan 
♥ Sudut mata kanan luar : Baik budi, ramai yang cinta 
♥ Kelopak mata kanan atas : Baik hati, ramah, berjaya
♥ Kelopak mata kiri atas : Baik budi, ramai yang suka
♥ Kelopak mata kanan bawah : Agak malas 
♥ Kelopak mata kiri bawah : Agak bodoh, kurang bijaksana
4) PuNgGuNg
♥ Punggung kanan : Agak mengalami kesulitan
♥ Punggung kiri : Malas dan suka duduk
5) BeTiS
♥ Betis kanan : Suka berhibur, boros
♥ Betis kiri : Rajin, tidak suka menganggur
6) LuTuT
♥ Lutut kanan : Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
♥ Lutut kiri : Kurang kuat berusaha
7) KePaLa
♥ Kepala sebelah kanan : Terkabul cita-cita  
♥ Kepala sebelah kiri : Sering menemui kesusahan
♥ Kepala sebelah belakang : Jujur, sabar dan tekun  
8) KeNinG
♥ Kening kanan : Cerdas dan cekap
♥ Kening kiri : Cerdas dan sopan santun
♥ Tengah kening : Keras hati dan berani segala hal 
9) MuLuT
♥ Hujung mulut kanan : Kecil rezeki, tak mudah kalah
♥ Hujung mulut kiri : Suka berpoya-poya
10) KeTiAk
♥ Ketiak kanan : Dapat menyimpan rahsia
♥ Ketiak kiri : Jujur, banyak yang cinta
11) KaKi
♥ Pergelangan kaki kanan : Suka keluar rumah
♥ Pergelangan kaki kiri : Kehendak kuat 
♥ Telapak kaki kanan : Tidak mudah mengeluh
♥ Telapak kaki kiri : Baik budi pekertinya
♥ Jari kaki kanan : Suka menolong
♥ Jari kaki kiri : Berbudi, suka berbuat baik 
12) HiDuNg
♥ Batang hidung : Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
♥ Pada hidung : Banyak rezeki
13) DaGu
♥ Dagu bawah kanan : Jujur dan baik hati
♥ Dagu bawah kiri : Bijaksana, dan berbudi luhur
14) KeMaLuAn
♥ Kemaluan kanan atau kiri : Baik, suka senggama
♥ Di kepala kemaluan (lelaki) : Bakal beristeri dua
15) TuMiT
♥ Tumit kanan : Jujur dan banyak kawan
♥ Tumit kiri : Baik budi
16) ALiS
♥ Alis kanan : Suka menolong dan baik hati 
♥ Alis kiri : Ramai yang suka
17) PeHa
♥ Pangkal peha kanan : Kemahuan kuat
♥ Pangkal peha kiri : Suka kerja apa pun 
18) BaHu
♥ Bahu kanan : Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
♥ Bahu kiri : Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
19) DaDa
♥ Dada kanan : Dapat mengatasi masalah
♥ Dada kiri : Berani, jujur dan sabar
♥ Buah dada kanan : Baik hati, pendiam, simpan rahsia
♥ Buah dada kiri : Ramai kawan, setia pada pasangan 
20) LeNgAn
♥ Lengan kanan : Setia dan taat pada atasan
♥ Lengan kiri : Menepati janji dan rajin
21) PiPi
♥ Pipi kanan : Ramai teman
♥ Tengah-tengah pipi kanan : Ramai yang suka
♥ Tengah-tengah pipi kiri : Ramai teman
22) PuSaT
♥ Pusat : Cerdas, tangkas, tekun
♥ Pusat bahagian kanan : Sejahtera dalam hidup
♥ Pusat bahagian kiri : Beroleh kemuliaan 
23) PiNgGaNg
♥ Pinggang kanan : Sayang pada pasangan hidup
♥ Pinggang kiri : Disayang pasangan hidup 
24) SiKu
♥ Siku tangan kanan : Kuat ingin memiliki kejayaan
♥ Siku tangan kiri : Baik hati, suka menolong
25) TaNgAn
♥ Jari tangan kanan : Serba beroleh keuntungan
♥ Jari tangan kiri : Serba baik bekerja
♥ Jari telapak tangan kanan : Banyak rezeki tetapi boros
♥ Jari telapak tangan kiri : Banyak rezeki dan cermat 
♥ Pergelangan tangan kanan : Boros, suka bersukaria
♥ Pergelangan tangan kiri : Dapat berpangkat
26) PeRuT
♥ Perut bawah kanan : Banyak rezeki, suka memberi maaf
♥ Perut bawah kiri : Baik hati, tenang hidupnya 
27) PeLiPiS
♥ Pelipis kiri : Murah rezeki, dapat jadi kaya
♥ Pelipis kanan : Serba berhasil dalam usaha 
28) PiPi
Pipi kanan : Ramai teman
♥ Tengah-tengah pipi kanan : Ramai yang suka
♥ Tengah-tengah pipi kiri : Ramai teman
29) Ubun-Ubun : Kurang jujur

Hidup Perlu Rasional

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Dalam kehidupan kita, memang ada bermacam jenis manusia dengan pelbagai kerenah dan ragam. Bak kata orang, “Rambut sama hitam, hati lain-lain”. Jadi memang sukar nak “dikenali” hanya dgn melihat sifat luaran sahaja. Begitu juga tanggapan seseorang dalam menjalani kehidupan. Ada yang menerimanya dengan rasional dan mampu berfikiran terbuka. Sebaliknya tak kurang juga yang kurang rasional.
Dalam merentasi kehidupan ini, memang banyak rintangan, dugaan dan cabaran yg terpaksa ditempuhi. Bukan mudah utk merencanakan kehidupan apatah lagi tanpa azam dan iltizam yg sepatutnya disematkan dalam diri masing-masing, membuatkan kita sukar utk menuju ke hadapan.
Di dalam kehidupan ini, ada juga di antara kita yg lebih suka bergantung hidup dgn org lain dan tidak berkeyakinan utk berdikari. Terutamanya jika berhadapan dengan masalah, ini akan membuatkan kita berasa gentar utk menghadapinya berseorangan. Ada juga yg tidak sanggup menerima sebarang masalah kerana ini akan membawakan tekanan perasaan dalan hidupnya seterusnya menimbulkan rasa gelisah, murung dan kebimbangan. Ia menunjukkan betapa rapuhnya daya ketahanan diri terutamanya dari segi mental kerana “tidak kebal” apabila menghadapi sesuatu tekanan. Justeru, ada yg mengambil jln singkat utk “melenyapkan” masalah itu dgn bertindak di luar batasan seperti membunuh diri, mengambil minuman keras, pil khayal dan sebagainya. Jalan-jalan penyelesaian sebegitu sebenarnya bukan satu tindakan yg bagus dan bermakna kerana ia akan mendatangkan implikasi yg lebih besar ke atas diri sendiri.
 
TEMPUHI KEHIDUPAN DENGAN SEMPURNA
Sebagai manusia yg berakal dan beradab, kita haruslah menghargai kehidupan yg nyata ini. Memang bukan semua manusia sentiasa bernasib baik dalam kehidupan kerana putaran hidup ini bagaikan roda. Ada masanya kita akan berada di “bawah” dan inilah cabaran yg harus ditempuhi. Sebenarnya kehidupan adalah kesinambungan utk menuju ke alam yg lebih nyata dan abadi. Percayalah masalah adalah rempah ratus dlm kehidupan.Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dari masalah. Selagi manusia bernyawa, selagi itulah cabaran akan mengekori dan mungkin akan menghasilkan masalah yg terpaksa dihadapi. Ibarat pepatah yg diungkapkan oleh professor Hamka, “Manusia memang selalu lalai memperhitungkan bahawa dia bersalah. Setelah datang malapetaka secara tiba-tiba dia menjadi bingung lalu menyalahkan org lain atau menyalahkan takdir Ilahi.”Namun sering kali kita akan berasa takut dan bimbang jika sesuatu masalah menimpa. Seolah-olah kita tidak nampak apakah jalan penyelesaian yg bakal merungkai segala permasalahan itu. Ia akan membuatkan kita berasa cemas dan gentar, bimbang masalah tersebut akan terus menghantui hidup. Namun tidak bermakna masalah itu akan terus kekal andai kita bijak utk merungkainya. Jika kita mempunyai cara bagaimana utk mencari jalan penyelesaiannya, maka masalah itu akan terlerai dari diri kita sendiri.

FIKIRLAH SECARA RASIONAL
Sebagai manusia yg dikurniakan akal dan fikiran, seharusnya kita lebih bertindak rasional dlm menghadapi sesuatu situasi. Walaupun situasi itu agak menyulitkan namun tindakan yg diambil itu akan mempengaruhi setiap apa yg kita lakukan. Ada kalanya situasi yg sulit akan menjadi mudah jika kita berjaya mengatasinya dgn penuh rasional. Dan jangan lekas bingung andai masalah itu bertambah rumit hanya kerana kita tidak mempunyai resipi tersendiri bagaimana cara utk meleraikannya.
 
TIDAK SEMUA MASALAH ITU MENYEKSAKAN
Bukan semuanya masalah itu menjadi racun dalam hidup kita. Jangan menganggap semua masalah yg melanda itu sebagai hempedu kerana ada kalanya ia mendatangkan manfaat dan kebaikan pada diri kita. Terpulang pada jenis masalah yg dihadapi. Bukan itu saja, masalah juga mampu mencabar nilai diri dan maruah, jadi jangan sesekali mempamerkan sikap negatif dan pasif apabila menghadapi masalah.Sebenarnya individu yg bangkit dari kegagalan dan kekecewaan lalu akan lebih bermotivasi tinggi utk menuju ke arah kejayaan. Mereka lebih berkeyakinan dan tabah menghadapi sebarang cabaran yg merintang kerana pengalaman lalu telah berjaya mematangkan diri mereka. Malah mereka juga semakin utuh utk merentasi batas-batas cabaran dan memiliki kekuatan yg lebih nyata utk menempuhnya. Mereka sering menganggap cabaran itu sebagai satu semangat yg boleh membangkitkan keyakinan dlm menghadapi serta menempuh liku-liku kehidupan. Oleh itu berusahalah utk bersikap lebih rasional dalam menempuhi cabaran hidup. Seharusnya tanamlah sikap positif dan lebih terbuka dlm diri kita terutamanya ketika menghadapi situasi yg agak menyulitkan. Jangan sesekali bersikap emosional kerana ia tidak akan mendatangkan kesan yg baik malah mungkin boleh memburukkan lagi keadaan. Bukan itu saja, elakkan dari merasa dukacita dan kecewa yg berpanjangan kerana ia mampu mempengaruhi dan menguasai pemikiran manusia. Kehidupan adalah sesuatu yg perlu dihargai. Org yg berhak menghargai kehidupan adalah diri sendiri. Org yg berhak menghargai kehidupan adalah diri sendiri. Juga kitalah yg berhak dlm menentukan hala tuju dan destinasi. Sebaik saja usia mencecah baligh, kematangan harus lebih terserlah. Jadikan kematangan dan akal fikiran sebagai benteng dalam melaksanakan sesuatu agar hidup ini tidak tergelincir dri landasan yg sepatutnya.