PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Saturday, July 30, 2011

Kampung Halaman

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga saya kat kampung halaman tercinta..Kalau tak silap hitung,rasa2nya dah hampir dua bulan tak balik kampung..Kali terakhir saya balik 04hb Jun 2011..

Saya gerak dari PJ kul 10am..Perancangan awal nak gerak kul 8am tp oleh kerana ujan yang terlampau lebat saya terpaksa tunda perjalanan..Tepat jam 10am ujan masih turun lagi tapi saya gagahkan juga untuk gerak..Sbb kalau lambat xtau la kul bape sampai..Esok dah nak balik PJ semula..hihi

Sepanjang perjalanan ujan xbenti2..Lebat selebat-lebatnya..Memang cabaran sungguh drive hari nie..Tapi akhirnya saya sampai kampung tercinta tepat kul 2pm, alhamdulillah..

Friday, July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Alhamdulillah, ramadhan bakal menemui kita..Sedar tak sedar hanya tinggal beberapa hari saja lagi umat islam akan menunaikan rukun islam yang ke-3..Hayatilah kemuliannya dengan penuh keinsafan dan lakukan persiapan dari segi fizikal, mental serta rohani untuk menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak kali ini..

Ramadhan merupakan suatu peluang untuk kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah swt..Awalnya ramadhan rahmat, pertengahannya maghfirah dan penghujungnya pembebasan dari api neraka..Semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita..InsyaAllah

Ingatnya semua,puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi ia juga menahan seluruh anggota daripada melakukan kemaksiatan dan kedurhakaan kepada-Nya..

Di kesempatan ini, saya ingin memohon beribu kemaafan kepada semua di atas segala salah dan silap sama ada sengaja atau tidak sengaja yang telah saya lakukan..Moga ibadah puasa kita tahun ini akan lebih mantap dari tahun sebelumnya..Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan 
"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H.."

Amal Ibadah Hari Jumaat

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia kita hingga hari Jumaat yang penuh barakah ini dan syukur sangat2 ke hadrat ilahi kerana telah mencurahkan air dari langit di pagi Jumaat ini setelah beberapa hari bumi di kawasan saya ketandusan tidak berhujan..

Hari Jumaat ialah penghulu segala hari..Umat Islam digalakkan mengerjakan amal ibadah untuk meraih seberapa banyak pahala, disamping ibadah wajib bagi lelaki iaitu silat Jumaat..

Dari dahulu hingga kini umat Islam kebanyakkannya membaca surah Yasiin, berzikir dan bertahlil di masjid, surau atau rumah..Sebenarnya terdapat banyak lagi amal ibadah pada malam dan hari Jumaat, sebagaimana amalan Rasulullah SAW..

Jom kita tengok apa diantara amalan Rasulullah SAW..

Membaca Al-Quran iaitu surah As-Sajadah dan Al-Kahfi
1) Surah As-Sajadah
♥ Mendapat pahala yang besar..Rasulullah SAW tidak tidur selagi belum membaca surah As-Sajadah, surah Al-Mulk..
♥ Rasulullah SAW mengamalkan membaca surah As-Sajadah pada rakaat pertama solat subuh desertai sujud Tilawah..

2) Surah Al-Kahfi
♥ Terhindar dari fitnah Dajjal..(HR Muslin, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai)
♥ Mendapat cahaya dari langit ke bumi..(HR Ahmad)

Berdoa
♥ Sebuah hadis Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa terdapat satu saat waktu pada hari Jumaat mereka yang berdoa memohon sesuatu akan dimakbulkan doanya (HR Muslim)..Menurut hadis yang lain, saat tersebut ialah ketika Imam di atas mimbar sehingga solat Jumaat didirikan..

Diampuni Dosa
Sebuah lagi hadis Rasulullah SAW menyatakan: "Mereka yang membaca doa berikut sebelum solat subuh, Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya meskipun seperti buih di lautan..(HR Ibnu Sunni dari anas r.a.)
Doanya yang bermaksud: "Aku memohon ampun kepada Allah SWT yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya" (3 kali)

Berdoa Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT
♥ Baginda Rasulullah SAW apabila masuk masjid pada hari Jumaat, lalu mengambil tempat di tengah antara dua pintu masjid lalu berdoa yang bermaksud:
"Ya Allah, jadikanlah aku orang yang paling menghadapkan wajah kepada-Mu di antara orang-orang yang menghadapkan wajah kepada-Mu; dan orang-orang yang paling dekat kepada-Mu di antara orang-orang yang mendekatkan diri kepada-Mu; serta orang yang paling baik di antara orang-orang yang meminta dan mengharap kepada-Mu"..(HR Ibnu Sunni dari Abu Hurairah r.a.)

Thursday, July 28, 2011

Kelebihan Bersahur

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:"Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat”.

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban) Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

♥ Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran"
♥ Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.
♥ Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa. 
♥ Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T. 
♥ Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.


“Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.”
::Surah Ali Imran, ayat 15 – 17 ::

Wednesday, July 27, 2011

Ubati Buah Pinggang

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Pada N3 lepas saya telah kongsikan mengenai panduan pemakanan bagi pesakit buah pinggang dan pada kali ini saya nak kongsikan beberapa kaedah mengubatinya..

Jom kita tengok cara-caranya dan amalkan bagi pesakit buah pinggang.

Misai Kucing:
♥ Ambil beberapa helai daun misai kucing dan bersihkannya.
♥ Rebuskan daun tersebut sampai mendidih.
♥ Setelah mendidih, biarkannya suam.
♥ Kemudian, minumlah air rebusan daun misai kucing ni 2 kali sehari.
♥ Amalkannya setiap hari selama seminggu.



Daun Pegaga:
♥ Ambil beberapa helai daun pegaga beserta akarnya sekali.
♥ Bersihkannya terlebih dahulu.
♥ Kemudian, tumbuk daun pegaga tadi dan perahkan airnya.
♥ Perahkanlah air pegaga tu ke dalam cawan dan campurkannya dengan sebiji telur itik. Tapi hanya perlukan bahagian putih telur saja.
♥ Kemudian, kacaukan campuran tersebut dan minumlah sekali sehari.
♥ Amalkan petua ini setiap hari selama seminggu.Amalkan petua ini setiap hari selama seminggu.
 *sumber di sini
Timun:
♥ Ambil 5 kilo mentimun dan dikupas kulitnya. Kemudian kulit timun tersebut direbus bersama 3 tangkai daun parsli atau dikenali juga dengan daun ketumbar. Rebus dengan 3 kali ganda air. Rebus sehingga air tinggal setengah. Tapis dan disimpan di dalam peti sejuk. Minum sebanyak segelas air tersebut, 3 kali sehari selama 40 hari. InsyaAllah, penyakit buah pinggang yang kronik juga mampu sembuh dengan izin Allah.   
  *sumber di sini

Pokok Jarum 7 Bilah:
♥ 3 Cara Rawatan: 
1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh dan diminum.
2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari.
3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum.
Peringatan:
Amalan perubatan ini amat popular di kalangan masyarakat cina. Pengambilan sebarang jenis teh dilarang kerana dapat menghapuskan khasiat daun di dalam badan. Jadi yang sedang mengambil atau makan daun herba ini, cuba elak minum teh apa jenama pun. Kopi o tak mengapa. 
 *sumber disini
Nota: Selamat Mencuba..Semoga dengan amalkan ini, penyakit akan sembuh dengan izin Allah SWT..