BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
'Dari Abi Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa seorang sahabat bernama Abu Umamah sering berada di masjid tidak kira siang ataupun malam..Rupa-rupanya, Rasulullah SAW sentiasa memerhatikan keadaan Abu Umamah itu yang sudah sekian lama tinggal di masjid meskipun bukan pada waktu sembahyang..
Akhirnya, Rasulullah SAW memanggil Abu Umamah dan kemudian bertanyakan kepadanya sebab-sebab dia berbuat demikian..Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah saw bahawa dia ditimpa kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan dia merasa amat gelisah jika tinggal di rumah lantaran terlampau banyak hutang..
Rasulullah saw seterusnya berkata kepada Abu Umamah:"Aku berikan kepadamu beberapa kalimat, amalkanlah dengan baik setiap hari, moga Tuhan akan memberikan kelonggaran kepadamu"..Kemudian Rasulullah saw pun membacakan kalimah-kalimah tersebut dan Abu Umamah mendengarnya dengan teliti..
Abu Umamah membaca dan mengamalkannya siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan akan memberikan kelnggaran dan kelapangan kepadanya..Tidak lama kemudian kedukaan dan kesedihan yang dirasai oleh Abu Umamah berkurangan sedikit demi sedikit, semakin lama semakin berkurangan dan akhirnya hilang sama sekali dan terbuka pula dalam fikirannya jalan-jalan yang terbaik untuk menjelaskan hutang seluruhnya..'
Nota: setiap masalah yang kita hadapi, marilah kita selesaikannya dengan berdoa untuk meminta pertolongan dariNya..agar masalah kita dapat di atasi..
No comments:
Post a Comment