PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...


SALAM MAAL HIJRAH 1433H
KEPADA RAKAN-RAKAN BLOGGER YANG SAYA KASIHI
SEMOGA KITA BERHIJRAH MEMPERBAIKI DIRI SUPAYA  DAPAT MEMPERTINGKATKAN IMAN DAN AMAL IBADAH SERTA AMALAN2 KEPADA ALLAH SWT AGAR KITA SEMUA BERADA DALAM KEBERKATAN, KERAHMATAN SERTA KEREDHAAN ALLAH SWT DAN SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW..

Saturday, November 26, 2011

DOA AWAL TAHUN DAN DOA AKHIR TAHUN 1433 HIJRAH

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, selawat dan salam ke atas nabi junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW kerana masih lagi diberi peluang dan nikmat untuk kita kecapi tahun baru islam 1433 Hijrah..

Diharapkan, 1 Muharram 1433H (27 November 2011) ini, bukan hanya sekadar menjadi hari cuti biasa bagi kita. Tetapi, ia menjadi permulaan hari dalam setahun ini, untuk menuju jalan-jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran yang dilaknat. Hayati dan jadikanlah hijrah kali ini menjadi yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW. Semoga iman diperkuat, amalan dipertingkat, perjuangan menegakkan syiar Islam diperhebat. Semoga tahun baru Hijrah (1433) ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.

Oleh itu, sempena menyambut Tahun Baru Hijrah (1433) ini, marilah kita sama-sama menanam azam untuk memperbaiki diri supaya dapat mempertingkatkan iman dan amal ibadah serta amalan-amalan kita kepada Allah SWT disamping itu marilah kita memperbanyakkan istighfar, berzikir, selawat, berdoa dan bertaubat agar kita semua berada dalam keberkatan, kerahmatan serta keredhaan Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW..  

Menjelang petang ini sebelum berakhirnya waktu Asar, menandakan tahun Hijrah 1432 akan melabuhkan tirainya. Dengan itu tahun baru Hijrah 1433 akan muncul selepas waktu maghrib. Marilah kita sama-sama membaca doa "Akhir Tahun Hijrah" pada penghujung waktu Asar, kemudian disusuli dengan membaca doa "Awal Tahun Hijrah"  selepas waktu maghrib. Doa-doa tersebut adalah seperti berikut: 

Doa Akhir Tahun 
♥ Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 
♥ Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya: 
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. 

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka. 

Doa Awal Tahun 
♥ Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad). 
♥ Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
 
Maksudnya: 
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

NOTA: Salam Maal Hijrah Dan Salam 1 Muharram 1433H Kepada Keluarga, Rakan-Rakan , Saudara Mara Serta Semua Umat Islam Tak Kira Di Mana Sahaja Anda Berada..Sayang Kamu Semua♥

Wednesday, November 9, 2011

24 Perkara Jangan Dilakukan

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara yang jangan dilakukan yg seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yg berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24.  Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg buruk itu dari hambanya juga.

Wallahuallam. 

Friday, November 4, 2011

Salam AidilAdha

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

"Parang diasah tajam berkilau, Lembu ditambat menjadi korban, Takbir bergema di masjid & surau, Menyambut AidilAdha penuh keimanan. Salam AidilAdha"

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam dan terutama sekali kepada pembaca blog saya ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga abah,mak,kak long sefamily,abg ngah sefamily,kak teh sefamily,abg Noor sefamily,akak sefamily dan kepada pak cik, mak cik,sepupu sepapat serta saudara mara..Bagi yang memandu untuk pulang ke kampung halaman, berhati2 ketika memandu..Ingatlah orang yang tersayang sedang menanti kepulangan anda..

"Sebaik-baik korban adalah korban seorang hamba terhadap penciptanya yang menganugerahkan pelbagai nikmat terhadapnya."

Wednesday, November 2, 2011

10 Punca Jin Tinggal Serumah

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

1.Tapak rumah ada punca air mata air
► Iaitu tapak rumah itu adalah tempat kediaman semulajadi jin ada punca mata air…kerana punca mata air adalah tempat kediaman semulajadi jin…dan ia boleh dikenali dengan airnya yang sentiasa mengalir, walaupun di musim kemarau…
► Kalau dibuat kediaman maka jin dari tanah akan memasuki dan tinggal dalam rumah dan tambahan pula jika dibina kediaman biasanya ada jin yang cedera atau terbunuh tanpa sengaja maka pasti akan ada unsur-unsur balas dendam…kalau anda nak buat juga kediaman, maka minta bantuan orang yang pakar…kalau mata airnya kering, bererti jin dikawasan itu sudah berpindah…Dan kalau tak kering bererti penempatan itu masih ada, jangan sekali-kali dibina rumah…Itu satu dari sebab utama kenapa banyak bangunan seperti sekolah, kawasan perumahan, bandar-bandar dan sebagainya yang ‘berhantu’…kerana ia di bina di kawasan penempatan jin…
► Ia bukannya tak boleh kerana di atas muka bumi ini, kita adalah khalifah, tapi harus kena caranya, juga jin adalah makhluk Allah swt seperti kita juga…Kalau punca mata air itu ada masa keringnya, maka ia tidak ada penempatan jin dan tak ada masalah kalau anda mahu mendirikan kediaman…

2. Tapak rumah ada kubur
► Biasanya kubur lama tapi kesannya sama saja dengan kubur baru,Kerana jin suka berkumpul di kawasan kubur, atau di kubur atau di mana tempatnya adajasad manusia yang di buang ( mungkin kerana dibunuh atau kemalangan )...Maka kalau kawasan kubur itu nak dibina bangunan maka tulang belulang dalam kubur itu
hendaklah dipindahkan terlebih dahulu..
► Ia adalah sama seperti ada manusia di kubur dalam sesebuah rumah walau apapun sebabnya…
Maka tempat itu akan jadi ‘berhantu’, sehinggalah jasad atau tulang-tulang dipindahkan.

3. Tapak rumah bekas tempat pembuangan jin
► Iaitu tempat pembuangan jin samada kerana ‘buang ilmu’, ‘buang penyakit gangguan’ atau sebagainya… Contohnya, mungkin sesuatu tempat itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat pembuangan jin…
kemudian ia diratakan dan dijadikan kawasan perumahan…maka jin itu akan berpindah ke mana saja bangunan atau rumah yang dipilihnya…

4. Dalam rumah ada tangkal sihir
► Iaitu,dalam rumah ada disimpan tangkal sihir, dan ia boleh jadi dipasang ketika rumah itu baru dibina dengan tujuan menjadi ‘pagar rumah’…
► Tangkal ini mungkin sesuatu benda yang ditanam, atau mungkin boleh jadi jin ditempatkan pada salah satu tiang rumah, atau digantung dan sebagainya...Atau, tangkal yang baru dipasang dalam rumah setelah sekian lama ia didirikan, walau apa pun tujuannya…kemudian salah satu lagi iaitu tangkal yang digantung atau dibawa pada badan salah seorang atau lebih, yang tinggal dalam rumah berkenaan…Semua jin yang menjaga sesuatu tangkal biasanya tak akan tinggal lama dalam tangkal malah lebih banyak sebenarnya yang tak tinggal dalam tangkal…
► Ia akan berkeliaran dalam rumah dan tak mustahil akan mememilih sesiapa saja antara penghuninya menjadi tuan, malah menjadi ‘rumah’nya…Maka rumah itu akan mula ‘berhantu’… 

5. Saka yang beranak pinak dalam badan manusia
► Iaitu,kalau jin yang tinggal dalam badan itu ada jantan dan betina, biasanya ia akan membiak dan tinggal di merata bahagian badan terutamanya bahagian perut dan dada…Kemudian boleh jadi ada antaranya yang keluar dari badan pada masa-masa tertentu...Maka jin-jin yang keluar itu akan menjadi ‘hantu’ yang berkeliaran dalam rumah..

6. Rumah yang banyak maksiat didalamnya
► Seperti selalu dipasang muzik-muzik yang tak halal, orang tak sembahyang atau ada gambar-gambar juga patung-patung makhluk bernyawa, percampuran bebas, dan sebagainya yang dibenci Malaikat Rahmat…Kerana rumah tak dimasuki Malaikat Rahmat, pasti akan menjadi tempat persinggahan atau tempat tinggal jin kafir yang selalu menjadi ‘dalang’ kepada rumah-rumah ‘berhantu’…(patung-patung manusia atau binatang yang menjadi barang permainan kanak-kanak, maka ia tak mengapa tapi dengan dua syarat, iaitu hendaklah dibuat permainan dan jangan sekali-kali disimpan di tempat tinggi, hinggakan seolah-olah ia benda yang mulia…)
Kemudian rumah-rumah yang menjadi tempat berjudi, dan minum arak, kerana kedua-duanya adalah kegemaran syaitan, dan turut ikut serta di dalamnya… 

7. Rumah yang dibina di tengah-tengah laluan jin
► Kerap kali secara tradisinya ada laluan yang menjadi tempat laluan jin sejak lama dahulu…Samada memang itu laluannya, atau bagi jin yang datang dari tempat-tempat lain dan di panggil ke satu-satu tempat oleh manusia yang bersahabat dengan mereka…Maka jin akan terus menggunakan laluan itu sebagai laluannya pada masa-masa tertentu…Apabila rumah atau bangunan dibina di tengah laluan itu nescaya jin akan masuk singgah dan biasanya akan buat gangguan didalamnya...
► Maka jadilah ia rumah ‘berhantu’…kemudian samada ia hanya singgah atau kalau dirasanya sesuai, jin akan turut tinggal di dalamnya…Dan pada kes lain, tak semestinya rumah itu dibina di tengah laluan, malah ada rumah yang cuma berhampiran dengan laluannya menjadi tempat persinggahan dan gangguan
terutamanya jika rumah berkenaan ada jin di dalamnya, samada kerana saka, sihir atau sebagainya

8. Rumah yang disihir
► Jin dikirim melalui angin atau diletak atau ditanam benda sihir, samada di hadapan, di dalam atau di bawah rumah…Biasanya jin sihir bukan saja akan mengganggu orang yang menjadi sasaran, malah akan tinggal dalam rumah..kemudian, ketika itu siapa saja orang dalam rumah akan terdedah dengan serangan dan sasaran gangguan jin,terutama kanak-kanak, juga orang yang sedang sakit atau lemah semangat…

9. Mengamalkan ilmu sihir
► Tak kira apa pun tujuannya, sihir yang ‘menjadi’ atau berbisa itu adalah kerana  penglibatan jin di dalamnya…Biasanya,kalau seseorang itu belajar sihir atau diturunkan ilmu sihir,maka pulangnya ke rumah, dengan membawa jin baru,mungkin seekor dua, mungkin berduyun-duyun,mana-mana saja pun boleh jadi.
► Maka jadilah jin itu kawannya di masa jaga dan di masa tidur,iaitu jin itu akan tinggal dalam rumah manusia yang ‘mengambilnya’… 
► Seburuk-buruk pilihan adalah anda membela jin, kemudian jin itu akan terus menurun pada anak cucu keturunan anda sehingga ratusan, malah mungkin ribuan tahun..dan mereka menanggung padahnya dari sebab pilihan anda seorang…

10. Jin liar ikut pulang
► Iaitu,biasa terjadi seseorang manusia itu pergi ke mana-mana,samada siang apalagi di waktu malam tanpa pendinding atau persediaan…maka ia dilihat mana-mana jin liar yang kemudiannya dengan sesuatu sebab,
jin itu ikut pulang ke rumah…

Nota: Tanpa halangan, tanpa tentangan, maka jin itu boleh tinggal terus bersama manusia di dalam rumah-rumah mereka…

*sumber aidanatasya.com