PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Tuesday, July 5, 2011

♥♥♥Apa Ada Pada Tulisan???♫♪♪♫♫

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Selamat hari selasa sume..Mari kita sama-sama cungkil mengenai rahsia sesebuah tulisan..Yang mana satukah jenis tulisan anda dan apa rahsia disebalik tulisan anda???Jom kita bongkar rahsia tulisan ini di N3 kali ini..

1) TuLiSaN BeRubaH-uBah
♥ aDa oRaNg yaNg tuLiSaN tiDak PerNah BeRubaH SeJak duLu..iTu mEnaNdaKaN diA  sEorAnG YaNg SuKar BerUbaH DaN SuKa MenGeKaLkaN PeRSoNAliTi..
♥ JiKa tuLiSaN sEriNg BeRubaH, diA KeRap MenGaLaMi PemBenTuKaN dAn pEmBanGuNan pErsOnaLiti..MaLah bErSiKap iNdiViDuaL..                
♥ DaRi SeGi MemBuaT KePuTuSaN, oRaNg YaNg TiDak BeRuBah tuLiSaN sEjaK DuLu TetAp PeNdiRiAn dAN leBiH TeGAs MaNakaLa yAnG SeRinG BeRubah LeBih mUdAh BeRuBaH FikiRaN kErANa KeBanYaKkaN KePuTuSAN DiPeNGaRuHi OrANg LaiN..   
2) KeConDonGaN TuLisAn
a) TeGaK
♥ sEoRanG yaNg RaJin, BerTaNggUngJawaB, PaNdAi BeRgAuL DeNgaN OrAnG LaiN DaN SiKap MenyEnaNgkaN..MamPu MemBuaT KepuTusAn DeNgaN waJaR DaN TePaT..  
b) CoNdOnG kE KaNaN
♥ BeRSikaP TeRbuKa SaMa aDa DaLaM PerGaulaN BiaSa AtAu HuBunGaN CinTa..NaMun, SeNtiaSa MeMerLukaN BaNtUaN dAn TuNjUk aJaR OraNg LaiN DaLaM aPa JuGa yaNg dilakukan..KuRaNg YaKiN DeNgAN TiNdaKaN YaNG DiaMbiL..
♥ CePaT BoSaN dAn saNgaT PaNtaNg JiKa TuNgGu TeRlaLu LaMa..
c) CoNdOnG kE KiRi
♥ aMat SeNsiTiF WaLaUPuN DaRi SeGi LuARaN nAmPaK sEpErTi TiDak KisAh..
♥ sEoRaNg YaNg BeRhaTi-HaTi KeRaNa TiDaK MaHu TiMbuL SeBaRang PeNyEsaLaN..               ♥ sEoRanG YaNg CukUp SeTia PaDa CiNtA..
d) CaMpUr-CaMpUr
♥ eMoSi TaK tEtAp mAcAm rEmAjA yAnG bEluM cUkUp uMuR.. 
3) SaiZ TuLiSaN
a) BeSar
♥ MeNanDaKan KuRanG MaTaNg TeTaPi InGiNkaN oRaNg LaiN MeNgiKuT cArAnYa..DiA GeMbiRa JiKa OrAnG MeManDaNg tiNgGi KeUpaYaAnNyA..
b) KeCiL
♥ bErFiKiRaN JaUh dAn BeRSiKaP AkADeMik SeLaiN SeNSiTiF DaN MuDaH tErSeNtUh JiWaNya..
c) SeMakiN LaMa SeMakiN BeSar
♥ sEoRanG YaNg BeRfiKiRaN TeRBuKa TeTaPi AgAk KuRaNg BeRhaTi-HaTi DaLam TinDaKaN..   
d) SeMakiN KeCiL
♥ CuKuP BeRhaTi-haTi TeTaPi SuKa MenYiMpaN RahSia..SaNgGuP BeRBohOnG UnTuK mEnUtUp KeSaLahAn diRiNya..  
4) TeKaNaN
a) TeKaNaN yAnG kUaT
♥ sEoRanG yAnG SiHat, cErgAs, pAnTaS dAn SeDiKiT aGrEsiF.. 
b) TeKaNaN yAnG riNgAn
♥ sEoRaNg yAnG kUrAnG BeRteNaGa, KuRaNg siHaT dAn mUdAh SaKiT..
5) BeNtUk TuLiSaN
a) TuLisAn BuLat-BuLat
♥EmoSioNal, PriHatiN, pEnGaSih PeNyaYaNg, KePekaAn TiNgGi dAn BaNyAk mEngGuna OtaK sEbELaH kAnAn (oTaK LogiKal)..
b) TuLiSan TaJam-TaJam aTaU LepEr-LepEr
♥ rAsiOnal, bEkeRjA dEngAn siStEmaTiK, pAnDai MenGuRus dAn BaNyaK mEmaKai OtaK sEbeLaH KiRi (oTaK LogiCaL)..
6) KerApAtaN
a) JaRanG-jAraNg
♥ tAk SuKa CaMpUr oRaNg, kUraNg MeSrA dAn sEdiKit bOrOs..
b) RaPaT-rApaT 
♥sUkA cAmpUr OraNg, aMaT bErgAntUng PaDa oRanG LaiN dAn jiMaT aTaU kEdEkuT..
7) PaDa HuRuf J, G, Y, Z 
a) aDa EkOr
♥ BeSar, PaNjaNg dAn SeMpuRna 
♫ tAhaP eMosi BeGitu JeLas diToNjOlkaN, pEnGaSiH & PenYaYaNg, pEmuRaH, mUdaH kEsiAn PaDa OraNg dAn MemPamErKan TahAp KeRaJiNaN.. 
b) KeciL, pEnDeK dAn tAk SeMpUrNa
♫ tAk PaNdai MeNonJolKaN eMoSi, kUraNg RaJin, tAk pAnDai mEmPamErKaN kAsiH sAyAnG wALaupUn SaYaNg iTu BaNyAk dAlaM diRi.. 
8) PaDa PaLanG hUrUf T 
a) tiNgGi
♥ sEorAnG yAnG mEmPuNyAi TaHaP aSpiRaSi yAnG TiNgGi..
b) rEnDaH
♥ sEoRaNg yAnG mUdaH bErPuAs HaTi dAn mEmPunYai CiTa-ciTa yAng ReNdAh..
c) tEnGah-tEnGah
♥ mEmPuNyAi UsaHa dAn TahAp PeNcaPaiAn yAnG sEdErHanA..
                       
Nota: TuLiSaN mEnCeRmiNkaN pEriBaDi..KitA bOleh mEnUkaR TuLiSaN kiTa uNtUk mEnGuBaH pEriBaDi dAn pErSoNaliTi KiTa dEnGaN sEnGaJa sUpAyA kiTa cEmErLanG dALaM hiDuP.. 

Monday, July 4, 2011

Kelebihan dan Amalan Syabaan

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

☻Alhamdulillah, semalam 03 Julai 2011(Ahad) hingga 31 Julai 2011(Ahad) kita dah berada dalam bulan Syaaban..Itu bermakna kita menghampiri Ramadhan..Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh keberkatan..♥♥♥♥ 
☻Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya,kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)♥
☻Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)♥
☻Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah). ♥
☻Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
☻Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).♥
☻Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).♥
☻Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).♥
☻Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)♥
☻Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)♥
☻Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)♥
☻Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)♥
☻Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.♥
☻Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.♥
☻Barangsiapa membaca,♥
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir) ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).♥
☻Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
☻Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)♥
☻Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya: (Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)♥
☻Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w". (Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).♥
☻Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.♥

Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.♥♥♥
☻Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.♥♥♥
 

Ramadhan Bakal Tiba...

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Hari nie hari isnin n dh msuk hari ke-4 bulan julai..Begitu pantas ms berlalu..Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan usia kita semua hingga hari ini..Dlm sedar xsedar, xsampai sebulan lagi kita akan menyambut ramadhan n ramadhan kali ini jatuh pada hari isnin..Terasa baru bulan lepas aku pergi bazar ramadhan beli roti john dan suasana pagi raya masih segar diingatiku..

Bagaimana ngan pose ganti u ollz???Masih berhutang lagi or dah settle???

Macam aku alhamdulillah, abis je pose tahun lpas aku trus ganti..Tiap2 tahun aku amalkan mcm 2..Bagi aku senang klu gantikan awal2 sbb klu ganti lmbt2 takut trlupa bpe ari yang perlu diganti..Btul x u ollz???Lgpun ganti awl2kn senang..

Bagi sapa2 yang msih lg berhutang pose..cpt2lah ganti ek..Ingat, xsampai sebulan je lagi kita akan sampai bulan ramadhan..Bila dihitung hanya tinggal 27 hari saja lagi..
(Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.)



Sebanyak 15 hadis-hadis berkaitan ramadan yang menceritakan mengenai kelebihan bulan ramadan untuk rujukan bersama: 
1) Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi); 
2)Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-);
3)Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi);
4) Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi);
5) Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: ‘Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: ‘Dimanakah orang-orang yang berpuasa?’ Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.’ (HR Bukhari);
6) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: ‘Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.’ (H.R Muslim)
7) Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: ‘Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.’ (HR Bukhari)
8) Dari Ibnu ‘Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: ‘Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.’ (HR Muslim)
9) Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda: ‘Puasa dan Al Qur’an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, ‘Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Dan Al Qur’an pun berkata, ‘Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Lalu syafaat keduanya diterima Allah.’( H.R Ahmad)
10) Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Di dalam bulan         Ramadhan umatku diberi lima perkara  yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
a.Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.
b. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
c. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, ‘Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.’
d. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
e. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, kerana orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.’ (H.R Ahmad)  
11) Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.’ (HR Ahmad) 
12) Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya  walaupun hanya dengan seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)
13) Sabda Rasulullah SAW.; ‘Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.’ (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)
14) Nabi SAW bersabda; ‘Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.’ ( Riwayat Al Baihaqi)
15) Rasululah SAW bersabda; ‘Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa,jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.’ ( Sahih Bukhari) 

Nota: Semoga mendapat faedah dan manfaat daripada perkongsian ringkas ini. Dan mungkin juga boleh dikongsikan dengan saudara Muslimin muslimat yang lain.

Friday, July 1, 2011

Selamat Hari Lahir Kakakku

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Hari nie hari jumaat bersamaan 01 Julai 2011 dan genaplah usia kakakku yang ke-27 tahun..Namanya JULAIDAH BINTI HAMZAH iaitu nama yang telah diberikan oleh mak n abahku.. Dikesempatan ini aku ingin mencuri peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir..Semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki..Semoga hidup akak sekeluarga bahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat rahmat, berkat serta redha Allah swt..Amin


"HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU AKAK
HAPPY BIRTHDAY TO YOU"

Thursday, June 30, 2011

Masalah Rambut

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...


Rambut adalah mahkota paling berharga bagi setiap manusia..Ia penyeri dan bonus tambahan untuk mengubah penampilan wajah agar lebih menawan..Tanpa penjagaan rapi, mahkota yang bersinar akan pudar serinya dan tidak lagi cantik bercahaya..Tanggungjawab anda untuk memastikan ianya berkeadaan demikian kerana setiap helaian itu ada maknanya..Ia menunjukkan bahawa anda sihat, cantik dan yakin pada diri sendiri..
Antara Masalah Rambut:-
1) Rambut Rapuh: Disebabkan oleh proses kimia yang berlebihan terutama semasa proses mengeriting dan mewarnakan rambut..
2) Rambut Bercabang: Kerana kutikel yang rosak..Ia juga berlaku mungkin diakibatkan oleh kesan gunting yang tidak cukup tajam..Pemotongan rambut oleh pendandan rambut profesional digalakkan untuk mengatasi masalah rambut bercabang..
3) Rambut Kering: Disebabkan permukaan rambut kasar kerana hilangnya kelembapan semulajadi rambut..
4) Rambut Kusam: Terjadi kerana pigmen warna rambut sama ada secara semulajadi ataupun buatan mudah hilang disebabkan terik matahari..Selain itu, debu dan kotoran yang melekat pada rambut menyebabkan rambut menjadi kusam..
5) Rambut Yang Susah Dibentuk: Terjadi pada rambut yang tidak mendapat perawatan dengan baik..Ia kurang pelembab, kekenyalan rambut berkurang sehingga rambut menjadi kaku..Rambut kusut tergolong jenis rambut yang sukar dibentuk..Rambut jenis ini kehilangan semua kutikel sehingga menjadi kasar..
6) Rambut Berkelemumur: Berlaku akibat pengelupasan kulit kepala dalam jumlah kecil dari kulit kepala yang normal..Keadaan ini berlaku bukannya kerana kulit kepala kotor atau pemakaian jenis syampu yang salah, mungkin kerana faktor kulit gatal, pertumbuhan kulit kepala yang baru, faktor keturunan keletihan, suhu yang terlampau, kegemukan dan perawatan kulit yang kurang..