PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Tuesday, July 12, 2011

Anak Tercinta...♥♥Ain

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Nie anak kesayangan saya..walaupun dia hanya seekor haiwan tapi saya sayang sangat2 kat dia..dialah buah hati n pengarang jantung saya..sbb itu saya letak nama dia NURAIN (cahayamata)..tapi saya panggil dia ain je..saya jumpa dia pun kat tepi jalan je..saya jaga dia dr umur dia sebulan dan sekarang usia dia dh setahun lebih..Alhamdulillah, sepanjang dalam jagaan saya, dia xpernah jatuh sakit..tapi yg melucukan klu orang dia,saya biasakan diri saya ngan dia dengan panggilan ummi..hihihi

Inilah gambar buah hati saya masa umur 2 bulan...
Koleksi gambar ain..Gambar nie aku isi dalam frame n letak kat atas meja..
tgh main bola..bola ain msuk bwh meja..tgh pk mcm mana nk amik..
ain yang manja.. 
                                                
nielah aktiviti ain..suka sangat main kotak..tapi skrg dia lagi suka main plastik sampah..ha3
                comel x???                                    

19 Hadis Rasulullah SAW Mengenai Wanita

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Alhamdulillah, hari nie dah masuk 10 syabaan (SeLaSa)..bila dihitung, xsampai sebulan umat islam akan menyambut puasa di bulan Ramadhan..macam mana ngan puasa yang hutang 2?dh abis bayar ke belum?kalau belum cepat2lah langsaikan hutang ek..jangan sampai xsempat ganti sudahlah..

Hari nie saya nak kongsikan tentang hadis Rasulullah SAW mengenai wanita..jom kita tinjau..
♥ Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnyayang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
♥ Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
♥ Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
♥ Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
♥ Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
♥ Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
♥ Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
♥ Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
♥ Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
♥ Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
♥ Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
♥ Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
♥ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
♥ Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
♥ Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
♥ Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
♥ Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
♥ Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
♥ Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Monday, July 11, 2011

♫♪ Wanita (De Hearty)♪♫

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
  Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

♥♥♥ Wanita.....Kau Istimewa ♥♥♥

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Wanita...
Kau adalah istimewa
Sebagai anak kau harta ayah bonda
Kelahiranmu dulu disambut gembira
Kerana kau adalah perhiasan kehidupan dunia

Kepada keduanya...berkatilah sentiasa
Berkata-kata dengan mereka...rendahkanlah suara
Kerana itulah akhlakmu yang sepatutnya
Moga-moga hidupmu sentiasa bahagia

Wanita...kau anak harapan
Keduanya tidak menharapkan balasan
Yang sangat mengasihi baginda Rasulullah
Dan sangat taat kepada Allah

Dan kini kau telah dewasa
Di sisimu telah ada teman setia
Bersama susah bersama gembira
Melalui liku hidup berumahtangga

Kau kini seorang isteri
Di rumah suamimu sebagai permaisuri
Kepada dirinya tinggikanlah pekerti
Kemuncak agama dan akhlak yang terpuji

Hati suami sentiasa di jaga
Agar rumahtangga aman bahagia
Di sisi Allah disediakan pahala
Sehidup semati bersama di syurga

Khadijah jadikanlah tauladan
Yang banyak melakukan pengorbanan
Segala harta habis di belanjakan
Yang tinggal hanyalah iman

Kehidupanmu kini berseri-seri
Dengan kelahiran putera-puteri
Gembira hati tidak terperi
Kau kini bergelar ummi

Kau ummi bijaksana
Anak-anak di asuh di jaga
Di ajar pendidikan agama
Dari kecil sehingga dewasa

Dalam kandungan sembilan bulan
Ummi sentiasa membaca Qu'ran
Penat lelah semua di telan
Hanya mengharap balasanMu Tuhan

Mengaji Qu'ran dan hafalan
Mengira, menulis dan membaca
Wahai anak jadikan amalan
Ummi ajar dengan sempurna

Kau kini sibuk sekali
Mengurus rumahtangga setiap hari
Sebagai isteri dan juga ummi
DAN KAU JUGA SEORANG DA'I

WANITA...KAU MEMANG ISTIMEWA!!!

Saturday, July 9, 2011

♫♪Warna Lambang Peribadi♪♫

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Benarlah kata orang, warna memainkan peranan penting dalam menentukan mood seseorang. Dalam psikologi sudah diakui setiap orang mempunyai keperibadian dan karakter tertentu..Warna kesukaan atau kegemaran seseorang sebenarnya melambangkan peribadi, karakter, kesihatan dan kejiwaan mereka. 

Apakah warna kegemaran pasangan anda? Cuba risik dan ketahui warna pasangan anda kerana anda boleh menyingkap peribadinya melalui warna tersebut. Ayuh, tinjau warna pilihan si dia…♥♥♥
1) PuTih
    ♫ puTih iTu sUci..Ia mELamBanGkaN sEseOraNg iTu bErfiKirAn pOsiTif dAn oPtiMisTik..mErekA juGa bErkEbOLeHan daLAm mEnYeiMbaNgkaN kEhiDupaN sEhaRiaN aNtaRa kErJa dAn pEriBaDi..SiKaP nEgaTif yAnG diMiLiki si pEmiNat wArNa puTih iaLaH mErEkA gEmaR mEnGaSinGkAn diRi dAri oRanG raMai..hAL iNi kEraNa mEreKa bErPeNdApaT, aKaN rAsa bOsaN dAn tiDak sELesA..
2) UnGu
     ♫ waRna uNgu mEmaNg cAntiK kEraNa ia aDaLah waRna kEgEmAraNku..wArNa iNi mELamBangKan sPiriTual dAn kErOhaNiaN yAng mEnDaLam..mEreKa juGa sEoRanG diNamiS dAn bErKariSmA, mEmPunYai pEraSaaN pEnuh kaSiH sAyaNg dAn mUdAh beRsiMpaTi..seLaiN iTu mEmiNati mUzik dAn bOleH diJadiKan sAhAbaT yAng bAik..
3) HiJau
    tEnaNg dAn sEgaR..mEreKa yAng mEmiNati wArNa iNi mEruPakaN sEoRaNg yAng bErPeriKemAnuSiaaN dAn pRihAtiN..biAsAnYa biLa mErEka mEmPunYai mAsaLah, mEreKa aKaN mEruJuk kEpaDa aLam sEliLinG bAgi mEndApaTkaN jAwaPaN kEpAda pErsOaLan mEreKa..aWas, mEreKa yAng mEmiNati wArNa iNi aDakaLanYa tiDak bOleH diPeRcaYai, biaRpUn mEreKa bErSikaP bErHati-hAti apaBiLa mElakuKan sEsuaTu pErKaRa..
4) KuNinG
    ♫ iNtELekTuaL..sEoRang yAng mEnaRik dAn pEnUh aSpiRasi..mEreka tiDak aKan mEmpuNyai MasaLah daLam mEnyeLesaiKan sEsuaTu pErKara dAn mEreKa boLeh mELakuKannYa taNpa bAnTuan oRanG laiN..naMun nEgaTifnYa,mEreKa aMat mUdaH bErpuTus aSa aPabiLa sEsuaTu pErKara tiDak dApaT diSeLesaiKan..jiKa haL iNi mEruNsiNgkaN, hiDuLah leMon kEraNa aRoMa dAn wArNanYa aKan mElePaskaN si pEmiNat daRi tEkaNan kErja tErsEbuT..
5) OrEn
    ♫ kEhaNgaTan..diA sEoraNg yaNg kReaTif, sUkaKan pErSaiNgan, aKtiF dAn pRakTikaL daLam mElakuKan sEsuAtu..si pEngEmaR sUka bErsaiNg dEnGan seSiaPa saHaJa..baGi mEreKa pErsaiNgan sEcaRa siHat iNi boLeh mEncAbaR miNda dAn mEnaMbah pEngaLamaN mEreKa..aDakaLanya mEreKa kuRang mEmbeRi pErhAtiaN kEpaDa pErkAra yaNg tiDak suKa diLakuKan dAn diAraH oLeh oRanG laiN..
6) MeRah
    ♫ kEmaHuan dAn kEheNdaK yaNg sAnGat mEndaLam..Ia juGa sEriNg diKaiTkan dEnGan siKap yaNg tEgas dAn gaRaNg..si pEmiNat wArnA iNi aDaLah iNdiVidu yAng bErmOtiVasi dAn MenGamALkan gAya hiDup yaNg aKtiF..ia jUga diGambArkan sEbaGai iNdiVidu yaNg bErkEboLehaN sEbaGai sEoraNg pEmiMpiN dAn mEmaNg bEnaRLah pEmiNat wArNa iNi sEoraNg yaNg pAnaS bAraN dAn mUdaH nAik aNgiN..jaDi, jaNgaNLah aNda sEnGaja nAK buAT mEreKa mAraH, aNda sEndiRi yaNg aKan teRima pAdahNya..
7) BiRu
    ♫ sEtia..mEreka seOraNg yaNg biJak dAn bErpEraNan bEsaR daLam hAla tUju kEhiDupaNnYa..mEreKa juGa diLabelKan sEbaGai tEmpAt ruJukaN baGi sEsiApa yAng mEmpUnyAi mAsaLah..si biRu bErkEboLehaN mEnJadi sEoraNg pEmiMpin keRaNa biJak mEnGatuR stRateGi..tEtaPi, aDaKaLanYa si biRu aKaN bErtiNdaK mELaMPaui baTas uNtuK mEncaPai sEsuAtu yaNg diiNgiNi..
8) InDigO
    ♫ biJaK..mEreKa mEmpUnyAi kEkUatAn mEnTal yaNg sAnGat mEndaLam..sEoRanG yaNg haLus dAn leMah..mEmpUnYai siFat keAnaK-anAkKan dAn mEmpuNyai pEraSaan yaNg pEka..kUraNg bErtaNggUngJawAb sErta sUka mEmBanGgaKan diRi sEndiRi..
9) CokLat
    ♫ mUngKin tiDak raMai yAng suKakaN waRna iNi..taPi, mUngKin raMai yaNg sUka mAkaN cOkLat..jiKa pAsaNgan tErgOloNg daLam pEnGeMar wArNa iNi, tAhniaH kEraNa pAsaNgaN aNda sEoRaNg yaNg jUjuR, tiDak sUka mEniNggi diRi dAn gEmarKan gAya hiDup yaNg aMat sEdErhaNa, biArPun mEreKa bOleH diKatEgoRi 'aNak oRaNg kAya'..taPi aWaS, mEreKa tiDak sUka bErHaDapaN dEnGan kEnYaTaaN dAn mErEka aKan laRi daRi kEnYaTaan, biaRpuN ia haNya pErKaRa yaNg rEmeH..
10) HiTam
    ♫ tEgaS, kUat, bErdiSipLin dAn sUka dikOngkoNg..cUbaLah kOngKoNg pAsAnGan aNda yAng gEmaRkaN wArNa iNi, pAstiNya aKaN bErLaku pEmbEronTakaN yaNg tiDak disAnGka-sAnGkaKan..waLauBagAimAnaPun, aPa yaNg aNda pErLu taHu tEntaNg si pEngGemar wArNa iNi iaLah mEreKa kUraNg bErKeyaKinaN dAn aDakaLaNya mEmeRLukaN sOkoNgaN aTau bAnTuaN oRaNg laiN..   

Nota: Elakkan warna hijau jika anda berada dalam keadaan yang keliru dalam apa jua perkara. Ini kerana hijau boleh mempengaruhi fikiran anda sehingga anda sukar membuat pilihan atau keputusan. Sebaliknya pilihlah warna putih apabila anda berasa keliru. Tetapi jika anda berasa kurang bersemangat, elakkan warna putih, kerana putih akan menyebabkan anda lebih bosan dalam melakukan sesuatu perkara. Erm… anda sering merasa gundah gulana? Tipsnya mudah sahaja, apabila anda dihantui perasaan ini, elakkan warna merah kerana merah menjadikan anda agresif sehingga mungkin akan melakukan perkara-perkara yang negatif. Bagi mereka yang ingin 'enjoy' bersama rakan-rakan, elakkan memakai pakaian yang berwarna hitam kerana anda tidak akan dapat merasai keseronokan bersama rakan-rakan anda.