PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Monday, July 25, 2011

Keindahan Ramadhan Al-Mubarak

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Alhamdulillah, hanya tinggal beberapa hari saja umat islam akan bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak 1432M yang merupakan bulan ibadah yang penuh rahmat,berkat dan keampunan..Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan..Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. dan umat Islam umumnya..Segala peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan telah membentuk umat Islam menjadi umat yang berperibadi mulia, patuh kepada hukum hakam, berakhlak, bernilai kemanusiaan serta menguji ketaatan hamba kepada Allah swt terutama dalam konteks ibadat..Peristiwa-peristiwa itu juga telah mencatatkan segala macam bentuk keindahan Islam yang tersendiri dan memberi kesan kepada kehidupan umat Islam..Tak sabar menanti kedatangannya.. 

Pada N3 kali ini, saya nak kongsikan mengenai "Peristiwa Ramadhan Al-Mubarak"..

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa” (al-Baqarah: 183)
1) Bulan Ramadhan bulan turunnya Al Quran
♥ Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan Al Quran. Firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 185 yang bermaksud: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur"..

2) Bulan terdapatnya malam Lailatul Qadar
♥ Malam diturunkan Al Quran dikenali sebagai malam Lailatul Qadar. Ini dijelaskan oleh Allah swt dalam surah Ad Dukhan ayat 3-6 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)”..(ayat 3)
(Kami menurunkan Al-Quran pada malam Yang tersebut, kerana) pada malam Yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara Yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)”..(ayat 4)
Iaitu perkara-perkara Yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan kami; Sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul”..(ayat 5)
(untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui (akan Segala keadaan hamba-hambaNya)”..(ayat 6)
♥ Lailatul Qadar adalah satu malam yang sangat istimewa kerana kelebihan beribadat pada malam tersebut bersamaan dengan seribu bulan. Firman Allah dalam surah Al Qadr ayat 2 yang bermaksud: "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. "
♥ Dengan sebab kemuliaan dan gandaan pahala itulah maka bila tibanya bulan Ramadhan, umat Islam berlumba-lumba beribadat dimalamnya dengan melakukan ibadat seperti solat terawikh dan ibadat2 lain dengan harapan dapat bertemu dengan malam Al Qadr. Sesiapa beribadat pada malam tersebut juga akan diampunkan dosanya yang telah lalu. Sabda Rasulullah saw:-
“ Bersabda Rasulullah saw: Sesiapa yang bangun di malam Lailatul Qadar denagn penuh keimanan dan ihtisab, diampunkan dosanya yang telah lalu” (Bukhari)
♥ Sememangnya pada malam Lailatul Qadar tersebut, Allah swt telah menghidangkan kepada hambanya dengan keberkatan yang berpanjangan, dengan rahmatnya yang luas dan dengan fadhilat ibadatnya yang berlipat kali ganda. Cuma timbul persoalan kepada kita bilakah malam Lailatul Qadar itu akan muncul? Allah swt sengaja merahsiakan malam Lailatu Qadar bertujuan untuk member peluang kepada kita untuk menghidupkan setiap malam dalam bulan Ramadhan dengan ibadat. Ia juga secara tidak langsung melatih diri kita untuk sentiasa rajin beribadat pada bulan2 selepas Ramadhan.
♥ Namun demikian, ada pendapat mengatakan bahawa, malam Lailatul Qadar akan berlaku pada malam ganjil sepuluh akhir Ramadhan. Ia berdasarkan kepada sabda Rasulullah saw:
“ Pilihlah (carilah) malam Lailatul Qadar di (pada hari) ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan” (Bukhari)

3) Bulan Ramadhan bulan menghayati Al Quran
♥ Membaca dan menghayati Al Quran pada bulan Ramadhan merupakan satu ibadat yang amat digalakkan. Ini kerana pada bulan inilah Rasulullah saw akan bertadarus dengan Jibril as dengan membaca Al Quran. Oleh kerana itu, umat Islam disaran untuk mempraktikkan konsep tadarus ini dalam usaha untuk menghidupkan bulan Ramadhan ini. 

4) Bulan yang dibebaskan gangguan syaitan
♥ Umat Islam pada bulan ramadhan bebas beribadat tanpa gangguan syaitan. Pada bulan ini, para syaitan akan dirantai dan keistimewaan ini hanya terdapat pada bulan ramadhan sahaja. Sabda Rasulullah saw:-
“Jika datang bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu syurga, ditutup pintu pintu neraka dan dibelenggulah para syaitan” (Bukhari dan Muslim)

5) Bulan dibukanya pintu2 rahmat
♥ Bulan Ramadhan juga merupakan bulan dibukanya pintu2 rahmat. Sabda Rasulullah saw:-
Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu2 rahmah” (Muslim)
♥ Dengan terbukanya pintu2 rahmat ini, maka umat Islam disaran supaya mempertingkatkan ibadat masing2 sepanjang bulan Ramadhan. Antara rahmat Allah swt yang paling besar ialah dibukanya pintu2 langit dan ditutupnya pintu2 neraka sebagaimana sabda Rasulullah saw:-
“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibuka pintu2 langit, ditutup pintu2 jahanam dan diirantai para syaitan” (Bukhari)
♥ Hadis ini menjelaskan bahawa rahmat Allah swt sangat luas pada bulan Ramadhan dengan dibukanya pinti2 langit dan pengampunan kepada hamba2 yang telah melakukan maksiat dari terus diazab dengan menutup pintu2 neraka. Ini adalah antara anugerah Allah swt yang sangat berharga kepada hamba hambanya yang hanya terdapat pada bulan Ramadhan.

6) Bulan Ramadhan bulan pengampunan
♥ Bulan Ramadhan adalah bulan kemapunan. Allah swt akan mengampunkan dosa hambanya jika amal ibadat yang dilakukan itu benar2 ikhlas, khusyuk dan tawadduk serta tidak diselang selikan dengan dosa2 besar dan dosa kecil. Sabda Rasulullah saw:-
“Barangsiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab, maka akan diampunkan dosa dosanya yang telah lalu” (Bukhari dan Muslim)
♥ Disamping mengerjakan ibadat2 sunat seperti berzikir, membaca Al-Quran dan sebagainya, umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah swt. Antara doa yag telah disarankan supaya kita sentisa membacanya pada bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang telah dinyatakan dalam sebuah hadis:-
“Diriwayatkan dari Aisyah ra beliau berkata: Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika Engkau tahu bila malama Lailatul Qadar, apa yang aku ucapkan? Baginda bersabda: Ucapkanlah doa"

“ Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku” (Tarmizi dan Ibnu Majah)

7) Bulan Ramadhan bulan untuk berinfaq
♥ Disamping diwajibkan berpuasa, umat Islam juga dituntut supaya melakukan ibadat2 lain seperti menunaikan zakat fitrah dan bersedekah pada bulan Ramadhan. Perkara ini sentiasa Rasulullah saw lakukan sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis:-
“Dari ibnu Abbas ra berkata: Rasulullah saw adalah manusia yang paling pemurah maka dia akan lebih pemurah pada bulan Ramadhan dimana baginda ditemui oleh Jibril pada setiap malam Ramadhan mengajarkan Baginda Al-Quran” (Bukhari)


Nota: Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan pilihan Allah swt untuk membuka dan memberi peluang kepada hambanya bermuahasabah diri dan melakukan ibadat semaksimum mungkin. Jadi terpulanglah kepada kita utuk memanfaatkan peluang ini sepenuhnya. Janganlah kita tergolong dalam golongan orang2 yang rugi di dunia dan akhirat.

Saturday, July 23, 2011

Khasiat Epal Hijau

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan..Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.

Mari kita selongkar kelebihan dan khasiat di sebalik sebiji epal hijau yang perlu kita ketahui:
♥ Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
♥ Mengurangkan risiko penyakit jantung.
♥ Membantu kesihatan membran paru-paru.
♥ Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
♥ Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
♥ Membantu mengekalkan berat badan.
♥ Mengurangkan tekanan penyakit asma.
♥ Mengurangkan risiko barah.
♥ Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
♥ Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
♥ Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Nota: Jadi, bagi sesiapa yang xsuka mkn epal hijau 2 kenalah paksa diri dan berjinak2 utk makannya..

Friday, July 22, 2011

Fadhilat Surah-Surah Al-Quran (Part 2)

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Kitab suci Al-Quran merupakan "Perlembagaan dan Peraturan Hidup Orang Islam"..Rasulullah s.a.w. sangat menekankan para sahabatnya supaya sentiasa meluangkan masa untuk membaca dan memahami Al-Quran..Ada di antara para sahabat yang dapat khatam Al-Quran tiga hari atau seminggu sekali..

Pada N3 yang lalu, saya ada coretkan mengenai Fadhilat Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas dan Surah Al-Kursi..Diharapkan semua dah baca..Pada N3 kali ini pulak, saya nak kongsikan Fadhilat Membaca Surah Yaasiin, Surah Al-Waqiah, Surah Al-Mulk, Tujuh Surah yang bermula dengan "Haa Miim" dan Surah Al-Fath..

1) Fadhilat Membaca Surah Yaasiin:
☻Daripada beberapa hadis Rasulullah s.a.w. terdapat beberapa keistimewaan dan fadhilat Membaca Surah Yaasiin:
♥ Diampuni dosanya
♥ Bacalah surah Yaasiin untuk mereka yang sedang naza' bagi meringankan derita sakaratul-maut..Juga hendaklah selalu dibacakan untuk mereka yang telah kembali ke Rahmatullah
♥ Untuk menjadi perisai segala bala bencana dunia akhirat dan menunaikan segala hajat
♥ Surah Yaasiin ialah hati Al-Quran..Mereka yang mengamalkan membacanya diberi pahala sepuluh kali ganda membaca Al-Quran. (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasai, Ibnu Sunni, Ibnu Hibban, Al-Baihaqi, At-tirmizi)

2) Fadhilat Membaca Surah Al-Waqiah:
☻Menurut hadis-hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membacanya pada setiap malam, tidak akan merasai kepapaan, bahkan akan senang dan mendapat rezeki yang banyak.

3) Fadhilat Membaca Surah Al-Mulk:
☻Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membacanya akan mendapat syafaat dan keampunan dosa..Jika dibaca setiap malam, akan terselamat dari azab kubur.

4) Fadhilat Membaca Tujuh Surah yang bermula dengan "Haa Miim" (Surah Al-Mu'min, Fussilat, Asy-Syura, Az-Zukhruf, Ad-Dukhan, Al-Jathiyah, Al-Ahqaaf):
☻Hadis Rasulullah s.a.w. riwayat Al-Baihaqi menyatakan Tujuh Surah yang bermula dengan "Haa Miim" akan datang di setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah SWT: "Ya Allah, janganlah Engkau masukkan (ke dalam neraka ini) orang yang percaya kepada aku dan membaca aku"

5) Fadhilat Membaca Surah Al-Fath:
☻Hadis Rasulullah s.a.w. (riwayat Bukhari) menyatakan: "Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebelum Surah yang aku cintai lebih daripada dunia ini dan isinya.
☻Thalabi menceritakan sebuah lagi hadis baginda bermaksud:"Sesiapa membaca Surah Al-Fath, maka seolah-olah ia turut menyaksikan pembukaan dan penaklukan Makkah bersama Muhammad Rasulullah".

Nota: Semua surah dan ayat di dalam Al-Quran mempunyai fadhilat dan keistimewaan yang tersendiri..Berbahagialah mereka yang sentiasa atau selalu membaca Al-Quran..

Awas!!! Tanda-Tanda Sakit

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Salam jumaat sume..Hari nie saya nk kongsikan satu artikel mengenai Tanda2 Sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain..

Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri kita kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa-apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepatlah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenarnya sakit. 

a) MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
♥ Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
♥ Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
♥ Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan. iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
♥ Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat. 
b) HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
♥ Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
♥ Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
♥ Bersin
 ☻Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
 ☻Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. 
c) BATUK
♥ Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
♥ Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
♥ Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar. 
d) KERONGKONG
♥ Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
♥ Sakit kerongkong Seperti di atas: Paras keracunan lebih serius. 
e) BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
♥ Bibir pucat
☻ Sistem penghadaman yang lemah.
☻ Perut mengandungi angin.
☻ Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
♥ Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin. 
f) MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
♥ Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
♥ Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
♥ Mulut berbau busuk : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin. 
g) TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)
♥ Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
♥ Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan. 
h) KULIT Berpeluh :
♥ Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
♥ Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan. 
i) RUAM DAN BISUL :
♥ Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air. 
j) KULIT GATAL DENGAN RUAM : 
♥ Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia. 
k) KULIT PECAH DAN BERAIR : 
♥ Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan. 
l) RAMBUT GUGUR : 
♥ Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur. 
m) SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
♥ Sakit Sendi
☻ Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
☻ Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
☻ Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
♥ Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
♥ Kebas Tangan Kiri Dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
♥ Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
♥ Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
♥ Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
♥ Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
♥ Gatal Di Celah-Celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot). 
n) TANDA-TANDA DALAMAN 
♥ Kepala: Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
♥ Pening/Sakit Di Bahagian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
♥ Pening/Sakit Di Bahagian Belakang Kepala:
i) Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. 
ii) Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
♥ Sakit Kepala Dan Rasa Gas Keluar Dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
♥ Bisul TerjadiI Di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
♥ Rasa Pening Yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar. 
o) MULUT/KERONGKONG/LIDAH
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
♥ Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser. 
p) LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung. 
q) KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT : Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman.
r) KENCING
♥ Kerap Kencing: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
♥ Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
♥ Air Kencing Berminyak:  Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
♥ Air Kencing Pekat Berwarna Coklat:  Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
♥ Air Kencing Berdarah:  Penyakit batu karang atau buah pinggang luka. 
s) BUANG AIR BESAR:
♥ Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
♥ Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
♥ Najis Berdarah:  
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut. 
♥ Najis Berwarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku. 
t) BADAN:
♥ Rasa Sakit (Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah)
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
♥ Badan Terasa Berat/ Malas/ Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
♥ Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan:  Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.   
u) RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.  
v) CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.  
w) RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.  
x) RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : 
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah. 
iii) Masalah pengaliran darah. 
y) SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Wednesday, July 20, 2011

Adab Minum Rasulullah SAW

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
    dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. 
Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
2. Bacalah " Bismillah".
3. Minum dengan tiga nafas.
4. Minum dalam keadaan duduk.
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air  minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.