PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Saturday, July 30, 2011

Kampung Halaman

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga saya kat kampung halaman tercinta..Kalau tak silap hitung,rasa2nya dah hampir dua bulan tak balik kampung..Kali terakhir saya balik 04hb Jun 2011..

Saya gerak dari PJ kul 10am..Perancangan awal nak gerak kul 8am tp oleh kerana ujan yang terlampau lebat saya terpaksa tunda perjalanan..Tepat jam 10am ujan masih turun lagi tapi saya gagahkan juga untuk gerak..Sbb kalau lambat xtau la kul bape sampai..Esok dah nak balik PJ semula..hihi

Sepanjang perjalanan ujan xbenti2..Lebat selebat-lebatnya..Memang cabaran sungguh drive hari nie..Tapi akhirnya saya sampai kampung tercinta tepat kul 2pm, alhamdulillah..

Friday, July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Alhamdulillah, ramadhan bakal menemui kita..Sedar tak sedar hanya tinggal beberapa hari saja lagi umat islam akan menunaikan rukun islam yang ke-3..Hayatilah kemuliannya dengan penuh keinsafan dan lakukan persiapan dari segi fizikal, mental serta rohani untuk menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak kali ini..

Ramadhan merupakan suatu peluang untuk kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah swt..Awalnya ramadhan rahmat, pertengahannya maghfirah dan penghujungnya pembebasan dari api neraka..Semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita..InsyaAllah

Ingatnya semua,puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi ia juga menahan seluruh anggota daripada melakukan kemaksiatan dan kedurhakaan kepada-Nya..

Di kesempatan ini, saya ingin memohon beribu kemaafan kepada semua di atas segala salah dan silap sama ada sengaja atau tidak sengaja yang telah saya lakukan..Moga ibadah puasa kita tahun ini akan lebih mantap dari tahun sebelumnya..Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan 
"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H.."

Amal Ibadah Hari Jumaat

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia kita hingga hari Jumaat yang penuh barakah ini dan syukur sangat2 ke hadrat ilahi kerana telah mencurahkan air dari langit di pagi Jumaat ini setelah beberapa hari bumi di kawasan saya ketandusan tidak berhujan..

Hari Jumaat ialah penghulu segala hari..Umat Islam digalakkan mengerjakan amal ibadah untuk meraih seberapa banyak pahala, disamping ibadah wajib bagi lelaki iaitu silat Jumaat..

Dari dahulu hingga kini umat Islam kebanyakkannya membaca surah Yasiin, berzikir dan bertahlil di masjid, surau atau rumah..Sebenarnya terdapat banyak lagi amal ibadah pada malam dan hari Jumaat, sebagaimana amalan Rasulullah SAW..

Jom kita tengok apa diantara amalan Rasulullah SAW..

Membaca Al-Quran iaitu surah As-Sajadah dan Al-Kahfi
1) Surah As-Sajadah
♥ Mendapat pahala yang besar..Rasulullah SAW tidak tidur selagi belum membaca surah As-Sajadah, surah Al-Mulk..
♥ Rasulullah SAW mengamalkan membaca surah As-Sajadah pada rakaat pertama solat subuh desertai sujud Tilawah..

2) Surah Al-Kahfi
♥ Terhindar dari fitnah Dajjal..(HR Muslin, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai)
♥ Mendapat cahaya dari langit ke bumi..(HR Ahmad)

Berdoa
♥ Sebuah hadis Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa terdapat satu saat waktu pada hari Jumaat mereka yang berdoa memohon sesuatu akan dimakbulkan doanya (HR Muslim)..Menurut hadis yang lain, saat tersebut ialah ketika Imam di atas mimbar sehingga solat Jumaat didirikan..

Diampuni Dosa
Sebuah lagi hadis Rasulullah SAW menyatakan: "Mereka yang membaca doa berikut sebelum solat subuh, Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya meskipun seperti buih di lautan..(HR Ibnu Sunni dari anas r.a.)
Doanya yang bermaksud: "Aku memohon ampun kepada Allah SWT yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya" (3 kali)

Berdoa Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT
♥ Baginda Rasulullah SAW apabila masuk masjid pada hari Jumaat, lalu mengambil tempat di tengah antara dua pintu masjid lalu berdoa yang bermaksud:
"Ya Allah, jadikanlah aku orang yang paling menghadapkan wajah kepada-Mu di antara orang-orang yang menghadapkan wajah kepada-Mu; dan orang-orang yang paling dekat kepada-Mu di antara orang-orang yang mendekatkan diri kepada-Mu; serta orang yang paling baik di antara orang-orang yang meminta dan mengharap kepada-Mu"..(HR Ibnu Sunni dari Abu Hurairah r.a.)

Thursday, July 28, 2011

Kelebihan Bersahur

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:"Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat”.

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban) Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

♥ Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran"
♥ Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.
♥ Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa. 
♥ Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T. 
♥ Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.


“Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.”
::Surah Ali Imran, ayat 15 – 17 ::

Wednesday, July 27, 2011

Ubati Buah Pinggang

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Pada N3 lepas saya telah kongsikan mengenai panduan pemakanan bagi pesakit buah pinggang dan pada kali ini saya nak kongsikan beberapa kaedah mengubatinya..

Jom kita tengok cara-caranya dan amalkan bagi pesakit buah pinggang.

Misai Kucing:
♥ Ambil beberapa helai daun misai kucing dan bersihkannya.
♥ Rebuskan daun tersebut sampai mendidih.
♥ Setelah mendidih, biarkannya suam.
♥ Kemudian, minumlah air rebusan daun misai kucing ni 2 kali sehari.
♥ Amalkannya setiap hari selama seminggu.



Daun Pegaga:
♥ Ambil beberapa helai daun pegaga beserta akarnya sekali.
♥ Bersihkannya terlebih dahulu.
♥ Kemudian, tumbuk daun pegaga tadi dan perahkan airnya.
♥ Perahkanlah air pegaga tu ke dalam cawan dan campurkannya dengan sebiji telur itik. Tapi hanya perlukan bahagian putih telur saja.
♥ Kemudian, kacaukan campuran tersebut dan minumlah sekali sehari.
♥ Amalkan petua ini setiap hari selama seminggu.Amalkan petua ini setiap hari selama seminggu.
 *sumber di sini
Timun:
♥ Ambil 5 kilo mentimun dan dikupas kulitnya. Kemudian kulit timun tersebut direbus bersama 3 tangkai daun parsli atau dikenali juga dengan daun ketumbar. Rebus dengan 3 kali ganda air. Rebus sehingga air tinggal setengah. Tapis dan disimpan di dalam peti sejuk. Minum sebanyak segelas air tersebut, 3 kali sehari selama 40 hari. InsyaAllah, penyakit buah pinggang yang kronik juga mampu sembuh dengan izin Allah.   
  *sumber di sini

Pokok Jarum 7 Bilah:
♥ 3 Cara Rawatan: 
1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh dan diminum.
2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari.
3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum.
Peringatan:
Amalan perubatan ini amat popular di kalangan masyarakat cina. Pengambilan sebarang jenis teh dilarang kerana dapat menghapuskan khasiat daun di dalam badan. Jadi yang sedang mengambil atau makan daun herba ini, cuba elak minum teh apa jenama pun. Kopi o tak mengapa. 
 *sumber disini
Nota: Selamat Mencuba..Semoga dengan amalkan ini, penyakit akan sembuh dengan izin Allah SWT..

Panduan Diet Permulaan Untuk Pesakit Hemodialisis@Buah Pinggang

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Apabila anda atau ahli keluarga anda telah disahkan mempunyai masalah buah pinggang peringkat akhir atau pun disebut sebagai kegagalan buah pinggang,soal pemakanan amatlah perlu diperhatikan kerana ianya memainkan peranan yang sangat penting. 

Dalam artikel kali ini saya akan berkongsikan panduan diet yang boleh anda gunakan sebagai rujukan.
Sebagai permulaan anda memerlukan:
  • Makanan yang lebih tinggi kandungan proteinnya.
  • Kurangkan atau elakkan makanan yang terlalu tinggi kandungan garamnya, potasium dan makanan yang tinggi kandungan fosforus contohnya seperti usus,limpa,kacang dan juga minuman berkarbonat.
  • Pelajari berapa banyakkah jumlah air yang selamat untuk anda minum setiap hari.Ini termasuklah kopi,teh dan minuman kegemaran yang lain.
Garam Dan Sodium
  • Gunakan sedikit garam dalam makanan anda dan kurangkan memakan makanan yang masin rasanya.Ini dapat membantu mengawal tekanan darah  dan dapat mengurangkan berat badan diantara sesi dialisis.
  • Gunakan herba,rempah-ratus dan penambah perisa yang rendah kandungan garamnya sebagai menggantikan garam.
  • Elakkan menggunakan garam yang dibuat dengan potasium.
Daging dan Protein
♥ Sekiranya anda menjalani rawatan dialisis,maka anda perlu lebihkan pengambilan makanan berprotein.Proein boleh membantu mengekalkan tahap protein dalam darah dan akan meningkatkan kesihatan.
♥ Makan makanan yang berprotein tinggi seperti daging,ikan dan juga telur pada setiap kali anda makan,atau sekitar 8 hingga 10 auns  makanan berprotein tinggi setiap hari.
*3 auns = saiz sebesar satu set kad,satu potongan sederhana daging,1/4 pai kecil hamburger,1/2 dada ayam dan satu potongan fillet ikan.
*1 auns = 1 biji telur atau 1/4 cawan pengganti telur,1/4 cawan tuna,1/4 cawan keju dan juga 1 potong lunchmeat yang rendah kandungan sodium.

Nota:Walaupun mentega kacang,kacang,biji-bijian kacang kering dan lain-lain jenis kacang tergolong dalam makanan berprotein,tetapi ianya tidak digalakkan kerana kedua-duanya tinggi kandungan potassium dan fosforus.

Biji-bijian,Gandum & Roti
♥ Kecuali anda memerlukan untuk menghadkan pengambilan kalori anda untuk menurunkan berat badan dan/atau menguruskan pengambilan karbohidrat untuk kawalan gula dalam darah,maka anda boleh makan sebanyak yang anda inginkan dari kumpulan makanan di atas.
♥ Ini kerana biji-bijian,gandum dan roti adalah merupakan sumber kalori yang baik.Bagi kebanyakan orang mereka memerlukan 6 hingga 11 hidangan setiap hari dari kumpulan makanan ini.

Jumlah yang sama dengan satu hidangan:
  • 1 keping roti
  • 1/2 muffin
  • 1/2 bagel
  • 1/2 roti hamburger
  • 1/2 roti hotdog
  • 1 hingga 6 inci tortilla
  • 1/2 cawan pasta yang dimasak
  • 1/2 cawan nasi putih
  • 1/2 cawan bijirin yang dimasak(seperti bubur gandum)
  • 1 cawan bijirin sejuk (seperti kerepek jagung atau beras rangup)
  • 4 keropok tawar
  • 1 setengah cawan bertih jagung tawar
  • 10 wafer perisa vanilla
♥ Elakkan pengambilan gandum dan makanan tinggi serat seperti roti gandum,bijirin dan beras merah untuk membantu anda mengawal pengambilan fosforus.Dengan  mengawal pengambilan makanan dari hasil tenusu,anda telah melindungi tulang dan pembuluh darah anda.

Susu,Yogurt & Keju
♥ Hadkan pengambilan susu,yogurt dan keju untuk 1/2 cawan susu atau 1/2 cawan yogurt atau 1 auns keju setiap hari.Ini kerana kebanyakan makanan berasaskan tenusu sangat tinggi kandungan fosforusnya.
Isi fosforus adalah sama untuk semua jenis susu skim,susu rendah lemak dan keseluruhan jenis susu.Jika anda memakan makanan yang tinggi kandungan fosforusnya,pastikan anda ambil bersama-sama dengan pengikat fosfat. Makanan berasaskan tenusu yang rendah kandungan fosforusnya ialah:
  • Mentega dan marjerin
  • Keju krim
  • Keju Ricotta
♥ Jika anda seorang yang memiliki atau berisiko mempunyai penyakit jantung,beberapa jenis makanan lemak tinggi yang disenaraikan di atas mungkin bukan pilihan yang terbaik untuk anda. Beberapa jenama krim bukan tenusu dan juga susu(seperti susu beras) adalah rendah kandungan fosforus dan potassium.Tanyalah pakar pemakanan anda dengan lebih lanjut.
 
Buah-Buahan/Jus
♥ Semua jenis buah-buahan mempunyai beberapa potassium,tetapi ada juga sesetengahnya mempunyai kandungan yang lebih tinggi antara satu sama lain.Buah-buahan yang mengandungi nilai potassium terlalu tinggi ini mestilah dikurangkan atau dielakkan terus pengambilannya.Ini kerana dengan mengurangkan pengambilan potassium yang berlebihan dapat melindungi jantung anda. Hadkan atau elakkan pengambilan:
  • Jeruk dan juga jus jeruk
  • Buah Kiwi
  • Prun dan juga jus prun
  • Kismis dan buah kering
  • Pisang
  • Tembikai(tembikai wangi dan tembikai susu)
♥ Selalulah hindari memakan buah belimbing. Makanlah 2-3 hidangan buah yang rendah potassium setiap hari. Satu hidangan = 1/2 cawan atau 1 buah kecil atau 4 auns jus.
Pilihlah:
  • Epal – 1
  • Berri – 1/2 cawan
  • Ceri – 10
  • Buah koktel yang telah ditoskan – 1/2 cawan
  • Anggur – 15
  • Buah pic -1 buah kecil yang segar dan toskan
  • Buah pir,segar atau yang ditinkan,toskan(dibahagikan dua)
  • Nenas – 1/2 cawan tin,toskan
  • Buah tembikai – 1 biji kecil
Minuman
  • Jus epal
  • koktel jus kranberri
  • Jus anggur
  • Lemonade
Sayuran
♥ Semua jenis sayuran mempunyai beberapa potassium.Tetapi ada sayur-sayuran tertentu yang mempunyai kandungan potassium yang tinggi dari yang lain.Oleh itu ianya mesti dikurangkan atau dielakkan sama-sekali kerana pengambilan jumlah potassium yang sedikit boleh melindungi jantung anda.
♥ Makanlah 2-3 hidangan sayuran yang rendah potassium setiap hari.Satu hidangan = 1/2 gelas
Pilihlah:
  • Brokoli
  • Kubis
  • Lobak
  • Kubus bunga
  • Saderi
  • Timun
  • Terung
  • Bawang Putih
  • Kacang panjang
  • Salad Air
Kurang atau elakkan:
  • Kentang (termasuk french fries,kerepek kentang da ubi jalar)
  • Tomato termasuk sos tomato
  • Labu
  • Asparagus
  • Buah avocado
  • Bayam dimasak
Pencuci Mulut
♥ Bergantung kepada keperluan kalori anda,ahli diet anda boleh mengesyorkan pencuci mulut berkalori tinggi.Pai,biskut dan kuih-muih adalah pilihan terbaik(tetapi hadkan pencuci mulut berasaskan tenusu dan yang dihasilkan dari coklat,kacang dan pisang).Sekiranya anda seorang pesakit diabetis,berbincanglah dengan ahli diet anda tentang pilihan pencuci mulut yang rendah karbohidrat.

Nota: Oklah, itulah sedikit perkongsian saya setakat ini tentang panduan diet untuk pesakit hemodialisis.
*sumber di sini

Adab-Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Puasa adalah satu ibadah yang telah ditetapkan oleh Allah azza wa jalla. Allah s.w.t menjadikan Rasul-Nya contoh terbaik yang memberi panduan untuk umat manusia beribadah supaya terlaksana dengan sempurna dan diterima di sisi-Nya. Bagi menambah lagi ganjaran pahala puasa, Rasulullah s.a.w menerangkan pada kita beberapa adab yang perlu dicontohi berhubung dengan ibadah ini. Di antara adab yang perlu diikuti oleh seseorang Muslim semasa berbuka puasa ialah:

a) Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. 
♥ Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa (Riwayat Bukhari dan Muslim).

♥ Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):
“Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”(at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

b) Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. 
♥ Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.” (Riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

♥ Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): “Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.” (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

c) Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. 
♥ Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

♥ Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
♥ Riwayat di atas juga menambah: "Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk". (An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

♥ Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut: “Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.” (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).

♥ Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

♥ Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H): “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.” (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

d) Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. 
♥ Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya: "Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan". (Surah al-`Araf:31).

♥ Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut: “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih.Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

♥ Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

e) Berdoa ketika berbuka. 
♥ Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

♥ Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:
”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.” (Faidh al-Qadir, 2/500).

♥ Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.” (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

♥ Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

f) Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka. 
♥ Kata Anas r.a.: “Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). 

♥ Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

Nota : Diharapkan agar Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih dekat pada Allah azza wa jalla dan mencintai sunnah Rasulullah saw dengan mengamalkan ibadat-ibadat yang thabit lagi sahih seperti yang dituntut oleh syarak demi mencari redha Ilahi. Sesungguhnya ibadah yang bersandarkan sumber benar-benar pasti dari Rasulullah saw mudah diamalkan dan diberkati.
*sumber di sini

Tuesday, July 26, 2011

Bahagiakah kita???

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Ungkapan tentang Kebahagiaan: 
♥ Orang yang berbahagia adalah orang yang mengambil pelajaran dari orang lain dan orang yang celaka adalah orang yang dijadikan pelajaran oleh orang lain.
♥ Bahagia adalah jika anda senang untuk berbuat kebaikan, bukan dengan  berbuat apa saja yang anda senang.
♥ Orang bahagia adalah orang yang mengambil pelajaran dari masa lalu  dan berhati-hati terhadap dirinya. Orang celaka adalah orang yang mengumpulkan harta untuk orang lain dan bakhil untuk memberikan kebaikan kepada dirinya sendiri.
♥ Orang bahagia iaitu yang mahu mengambil faedah dari pengalaman masa  lalu, bersemangat pada hari ini dan optimis menyambut masa depan.
♥ Kebahagiaan itu diraih dengan menjaga lisan.
♥ Seseorang tidak akan meraih kebahagiaan kecuali jika dia hidup merdeka, terbebas dari cengkaman syahwatnya serta mampu menahan hawa nafsunya.
♥ Kesungguhan anda dalam mencintai ketaatan, hati yang selalu anda  hadapkan ke hadirat Allah swt., dan kehadiran hati ketika sedang beribadah merupakan indikasi cepatnya kebahagiaan.
♥ Kebahagiaan itu tidak mampu dibeli dengan harta tetapi ia sering dijual.

Tanda-tanda Kebahagiaan.
Kebahagiaan memiliki tanda-tanda, sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah. Beliau menyebutkan tiga perkara iaitu: 
♥ Jika mendapatkan nikmat, dia bersyukur.
♥ Jika mendapatkan ujian, dia bersabar.
♥ Jika berbuat dosa, dia beristighfar.

Langkah Menggapai Bahagia
Di antara langkah-langkah yang akan membawa kepada kebahagiaan dan kejayaan adalah seperti berikut:
Beriman Kepada Allah swt.
Tidak ada kebahagiaan tanpa iman kepada Allah swt., bahkan kebahagiaan itu akan bertambah seiring dengan bertambahnya iman seseorang kepada Allah swt. dan akan melemah bersamaan dengan lemahnya iman kepada-Nya. Apabila iman semakin kuat, maka makin besar pula kabahagiaan. Sebaliknya jika ia melemah, maka kegoncangan dan fikiran negatif akan bertambah yang dapat membawa kepada pahitnya kehidupan dan kebinasaan.
Beriman kepada Kekuasaan Allah swt.
Orang yang beriman bahawa Allah swt. itu Maha Kuasa tanpa batas, maka dia tidak akan dirundung duka, tidak dibuat sedih oleh berbagai masalah kerana dia mempunyai tempat bersandar yang kuat, ketika sedang
ditimpa suatu ujian dan kesulitan.
Beriman dengan Ketetapan Allah swt.
Iman dengan qadha' dan qadar akan menyuburkan sikap redha dalam hati, kelapangan jiwa dan ketenangan. Oleh karena itu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, sesungguhnya seluruh urusannya adalah baik. Jika ditimpa kelapangan, maka dia bersyukur dan itu adalah baik baginya. Dan jika ditimpa kesempitan, maka dia bersabar dan itu pun baik baginya." (HR Muslim)
Berteladan kepada Orang yang Berjaya
Yang dimaksudkan di sini adalah orang yang telah memberikan sumbangan yang besar dan luar biasa bagi umat manusia dan dia adalah orang yang beriman kepada Allah swt. Yang pertama dan utama adalah ikutan kita Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Dengan mengikuti jalannya, maka seseorang akan bahagia dan dengan meninggalkan petunjuk dan sunnahnya, maka seseorang akan celaka.
Mengenali Kehidupan
Hidup pasti akan menghadapi masalah, mendapati kesusahan dan pasti ada rintangan dan ujian. Semua ini merupakan ketetapan dari Allah swt. terhadap manusia, supaya diketahui mana orang yang lebih baik  amalnya. Maka wajib bagi kita untuk mengenal karakteristik hidup ini dan  menerima sebagaimana wajarnya dan tidak menutup diri untuk menghadapi  ketentuan Allah dengan ketentuan lainnya, menghadapi yang tidak kita  senangi dengan sesuatu yang dapat menghilangkannya. Mengetahui permasalahan  ini bukan bererti pasrah dan putus asa, tetapi  bersikap sebaliknya.
Mengubah Kebiasaan Negatif Menjadi Positif
Doktor Ahmad Al-Bara' Al-Amiri mengatakan bahawa memulai kebiasaan baru yang bersifat aqliyah (yang mampu difikirkan) itu tidak sukar, diperlukan  kira-kira 21 hari. Dalam hari-hari tersebut kita berfikir,  berbincang-bincang, lalu mengusahakan segala yang boleh mendukung untuk  terwujudnya kebiasaan baru itu, dan terakhir kita menggambarkan dengan jelas dan sempurna bahawa diri kita telah menjadi yang kita inginkan.
Jika kita telah berfikir bahawa kita telah menjadi yang baru sebagaimana  kita kehendaki, maka gambaran ini secara bertahap akan menjadi sebuah  realiti. Hal ini seperti diungkapkan bahawa "al hilm bittahallum wal ilm  bitta'allum" sikap lembut dicapai dengan selalu berusaha lembut dan ilmu itu diraih dengan belajar. (Durus nafsiyah linnajah wattafawwuq)
Tujuan Yang Mulia
Banyak orang yang celaka kerana dia tidak memiliki sasaran dan tujuan yang dia usahakan agar memperoleh apa yang diinginkan. Atau dia punya tujuan tetapi bukan sesuatu  yang mulia dan tinggi sehingga dia tidak merasa bahagia tatkala berusaha  menggapainya. Sedangkan tujuan yang mulia, maka akan menjadikan seseorang  merasa bahagia ketika sedang berusaha untuk mencapainya.
Ringankan Derita
Orang hidup pasti mengalami musibah dan derita, namun tak selayaknya  musibah itu disikapi sebagai akhir dari segalanya, dan jangan beranggapan  bahawa hanya dirinyalah yang mendapatkan ujian hidup. Bahkan selayaknya dia  memperingan musibah dan tidak terlalu membesar-besarkannya.
Hal Remeh Jangan Dibuat Resah
Ada sebahagian orang yang merasa resah dan kalut dengan kejadian-kejadian biasa dan lumrah dalam kehidupan sehari-hari. Di antara mereka ada yang begitu sedih dengan pecahnya piring atau gelas, saluran air atau kabel yang putus, baju yang robek dan lain-lain yang sebenarnya remehan saja.
Kebahagiaan Ada Pada Diri Anda
Jika kebahagian itu ada pada diri kita, maka mengapa harus jauh-jauh  mencarinya, kerana setiap manusia punya kekuatan dan potensi bahagia,  tetapi kebanyakan mereka tidak mahu melihatnya. Sebabnya adalah karena dia  tidak pernah memperhatikan diri sendiri, tetapi sibuk melihat orang lain.
Kebahagiaan terkadang ada di depan mata, tetapi kita tidak mengetahuinya,  sehingga kita mencarinya lagi kepada yang lebih jauh dan semakin jauh. (Khalif Muttaqin)
*sumber di sini 

♫♪Ramadhan Bulan Berkat♪♫

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Sempena ramadhan yang bagi tiba tak lama lagi, mari sama2 kita menghayati lagu dari kumpulan Hijjaz ini..Sapa2 nak nyanyi pun boleh sbb saya ada sertakan lirik sekali kat bawah video ini:

Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jangan dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jangan dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia…

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dengan sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

Monday, July 25, 2011

Niat, Doa Sebelum dan Selepas Berbuka

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Ramadhan hanya tinggal beberapa hari saja lagi..Dah bersedia ke belum?Apa persiapan yang anda telah lakukan untuk Ramadhan kali ini?Puasa ganti macam mana?Bagi yang dh habis ganti, alhamdulillah..Tapi, bagi yang masih lagi belum habis ganti 2 cpt2lh ganti ok..Masa dh makin suntuk..

Kat sini saya nak kongsikan Niat, Doa Sebelum dan Selepas Berbuka Puasa..Bagi sesiapa yang masih ingat2 lupa 2 bolehlah rujuk kt sini..

Niat Puasa Ramadhan

1) Lafaz niat untuk sebulan puasa
Lafaz: "Nawaitu souma syahri ramaghana hazihissanati kullihi lillahi taala"
Maksudnya: "Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Taala"
(Lafaz ini dibaca sekali sahaja iaitu pada malam sebelum kita memulakan puasa kita yang pertama..Apabila kita baca niat ini, kita xperlu lagi baca hari yang berikutnya..)

2) Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa

Lafaz: "Nawaitu souma ghodin 'an aadai fardhi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala"
Maksudnya: "Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala"
(Lafaz ini dibaca pada tiap-tiap malam sebelum tidur..tapi klu takut lupa bacalah yang sebulan terus..lebih selamat

Doa Berbuka Puasa 
1) Doa Berbuka Puasa (seorang):
Lafaz : "Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin".
Maksud : "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang".
(Doa di atas dibaca sekiranya anda berbuka seorang diri)

2) Doa berbuka untuk berjemaah / sekeluarga / beramai ramai :
Lafaz : "Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin.."
Maksud : "Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kami dengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."
(Nie doa untuk berbuka secara berjemaah..Anda cuma perlu tukar "tu" (ta + wa) kepada "na" (nun + alif)..So, baru btul maknanya iaitu "aku" bertukar kepada "kami")

Doa Selepas Berbuka Puasa
Maksudnya: "Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu."

Nota: Tiada kata seindah zikir, Tiada bulan seindah Ramadhan..Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf andai ada hati yang pernah saya sakiti..Maaf zahir & batin..Mudah-mudahan ramadhan kali ini, dapatlah kita sama2 menghayati serta menjalani ibadah yang lebih baik  dan penuh makna di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan..

"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H dan Selamat Berpuasa"

*sumber disini