PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Thursday, October 27, 2011

Waktu2 Doa Mustajab

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah:-

(1) Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.
“Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya” . - (Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)

(2) Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiyallahu ‘anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. – (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)

(3) Setiap Selepas Shalat Fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab.  
“Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu”. - 
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

(4) Ketika Saat Perang Berkecamuk

Dari Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam bersabda:
“Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk”. – (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa’ 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta’liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

(5) Sesaat ketika Hari Jum’at

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum’at ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. – (Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)
► Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.
► Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum’at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

(6) Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah

Dari ‘Amr bin ‘Anbasah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.
“Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya” . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)

► Terbangun tanpa sengaja pada malam hari. (An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
► Yang dimaksudkan dengan “ta’ara minal lail” terbangun dari tidur pada malam hari.

(7) Doa Di antara Adzan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam bersabda.
“Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah”. – (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

(8) Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan”. – (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur’an fi Ruku’ wa Sujud 2/48)

► Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9) Ketika Saat Sedang Hujan

Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.
“Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ No. 3078).

► Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10) Ketika Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah ‘alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau ‘alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda. 
“Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya’ . Semua keluarga histeria. Baginda ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan”. – (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38) 
(11) Ketika Lailatul Qadar

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar”. – (Al-Qadr : 3-5)

► Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

(12) Doa Ketika Hari Arafah

Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. – (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta’liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

*sumber Myibrah

Tuesday, October 25, 2011

Menghilangkan Bintik Hitam

BISMILLAHHIRRAHMANNNIRRAHIM...
Bahan-bahan yang perlu ada ialah:
1) 1 biji telur (ambil putihnya aje tau n yg kuning 2 wt la msk apa2 pun)
2) 1 sudu teh perahan limau nipis
3) Kapas muka

ok, skrg kita tgk cara2 mcm mana nak pakai bhn2 yg tersedia td..adakah perlu masak ke?makan ke?bw tdo ke?hi3..

Cara2nya mcm nie sbnrnya:
♥ mula2 kita campurkan air perahan limau nipis tadi ke dlm putih telur..
♥ pas2 ambil beberapa helai kapas muka dan rendamkan ke dlm bancuhan td (perahan limau nipis n telur putih)..
♥ kmdn ambil kapas td, ltkkan pd dahi, hidung, pipi dan dagu..
♥ bila dh ltk 2, biarkan smpi kapas 2 kering (maknanya xbsh la..hi3)
♥ stlh kapas 2 kering, tariklh kapas 2 prlhn2 dan lihatlh hasilnya..

Nota : Mudah-mudahan petua nie akan memberi kesan yg memuaskan pd anda yang mencubanya..InsyaAllah.. 

*sumber Sajionline

Monday, October 24, 2011

Apa Yang 4 (Empat) Itu???

BISMILLAHHIRRAHMANNNIRRAHIM...

Petua Imam Syafi’e

Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata:
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran:
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR:
1. TIDUR PARA NABI
    ♥ Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
    ♥ Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
    ♥ Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
    ♥Menelangkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

*sumber Giler Kentang!

Friday, October 21, 2011

Tolong Sebarkan!!!!

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Selamat hari jumaat semua..Moga diberi keberkatan n kerahmatan di hari jumaat yang mulia ini..Sekejap je dh nk penghujung bulan 10..N3 kali nie saja nk share tentang berhati2 semasa beli hp..Saya pasti ada yang dh tau n ada yg belum tau semua nie kn..Saya pun tau dr muka buku n apa slhnya saya share ngan kwn2 yg msh belum tahukn..
Mari kita selongkar rahsia nie n ikut arahan tersebut bagi memastikan status keaslian hp kita 2:
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

Rahsia Surah Al-Kauthsar

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

*sumber by Jannati Baiti

Thursday, October 20, 2011

7 Kelebihan Lemon Untuk Kecantikan

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Warnanya yang kekuningan menarik mata memandang, tetapi apabila diambil jusnya pasti wajah akan bertukar akibat rasanya yang masam. Pun begitu, jangan salahkan rasanya kerana di sebalik masamnya lemon, banyak khasiat yang boleh diperoleh dari buah ini.

Selain boleh dijadikan minuman jus serta digunakan dalam masakan, lemon dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan. Berikut beberapa manfaat lemon buat pengetahuan anda :
1) Membuatkan rambut bersinar
Ingin rambut nampak sihat dan lebih bersinar. Campurkan perahan pati lemon pada perapi syampu lalu sapukan pada rambut. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan bersih. Lakukan secara rutin.
Lemon juga boleh membantu mencerahkan rambut. Menggunakan sikat, sapukan lemon ke bahagian rambut yang ingin dicerahkan. Setelah itu, jemur rambut di bawah sinar matahari, tapi jangan lupa aplikasikan krim pelindung sinaran matahari agar kulit anda tidak terbakar. Sinar matahari membantu pati lemon mencerahkan rambut anda. Setelah itu bilas rambut seperti biasa dan sapukan perapi rambut lalu biar ia kering sendiri.

2) Melembutkan Kulit
Ramuan tradisional lulur lemon boleh membantu membuatkan kulit terasa lebih halus terutama jika ia selalu dilakukan. Caranya mudah sahaja, parut kulit lemon lalu tambahkan sedikit gula dan minyak zaitun lalu gaul sebati sebelum dibiarkan selama lebih kurang 30 minit. Setelah itu sapukan lulur tradisional itu pada tubuh, terutama pada siku tangan, lutut dan kaki. Ini kerana bahagian tersebut lebih kasar dan kering berbanding bahagian lain.

3)Menyamarkan Kulit Berbelang
Bagi mereka yang kerap terdedah dengan sinaran matahari secara terus pasti menghadapi masalah kulit berubah menjadi berbelang. Untuk mengatasi masalah tersebut, ambil hirisan lemon lalu gosokkan secara lembut ke bahagian kulit yang bermasalah. Lakukan setiap hari untuk hasil yang lebih maksima.

4) Menyegarkan Mulut
Bau mulut menyebabkan seseorang berasa kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Bagi mereka yang mempunyai masalah tersebut bolehlah mencuba kaedah ini. Berkumurlah dengan segelas air yang telah dicampurkan dengan perahan lemon. Ia akan membunuh kuman yang menjadi penyebab kepada masalah mulut berbau selain memberi kesegaran kepada mulut.

5) Mencegah Jerawat
Bagi yang ingin menghindari wajah mengalami masalah jerawat, bersihkan wajah dengan susu pembersih. Setelah itu, letakkan beberapa hirisan lemon sebagai masker.

6) Mencerahkan Kuku Tangan Dan Kaki
Campurkan dua sudu makan perahan lemon dengan satu sudu makan ubat gigi dalam mangkuk lalu gaul sebati. Sapukan campuran tadi pada kuku tangan dan kaki perlahan-lahan. Setelah itu biarkan seketika sebelum dibilas dengan air suam. Setelah itu, sapukan kuku tangan dan kaki dengan losen badan untuk melembapkan kuku. Hasilnya kuku akan kelihatan cerah dan bersih. Bagi mereka yang menghadapi masalah kuku nampak kekuningan boleh mencuba kaedah ini. Rendam kuku ke dalam pati lemon selama lima minit lalu dibilas.

7) Pelembut Telapak Kaki
Banyak berjalan menyebabkan tapak kaki menjadi kasar. Untuk melembutkannya serta mematikan kuman-kuman yang melekat di kaki, gunakan kaedah ini. Masukkan enam gelas air suam ke dalam bekas bersama tiga cawan perahan lemon, satu cawan susu, dua sudu makan serbuk kulit kayu manis. Lalu gaul rata dan rendam ke dua belah kaki anda sambil di gosok-gosok dengan menggunakan batu apung selama 15 minit. Setelah itu, bilas dengan air suam dan keringkan. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

*sumber disini

Wednesday, October 19, 2011

Cinta Hatiku...Love u sayang..muah100x

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Hi semua..N3 kali nie sy just nak kenalkn cinta hati saya pada semua..Maybe ada yang dah kenal n ada jugak yg belum kenal..Walauapapun, dah tiba masanya saya perkenalkan dia pada umum (mcm artis plk aku..hi3 perasan jap)..

Jom berkenalan ngan cinta hati saya..tp klu ada yg minat n trpikat ngan dia pun sy xksh sbb sy tau dia hanya cintakan saya sorang je..hi3

kiut x Cinta Hati saya..

garangkan muka dia..tp sbnrnye dia manja sgt2 n trlalu penakut..hi3

beristirehat jap sblm tdo..
 
cian Cinta Hati saya trpaksa tdo mcm nie gara2 saya lmbt sediakan tmpt tdo..maaf ye sayang..
 
gara2 saya lmbt sediakan tmpt tdo..hi3
 
tmpt tdo dh disediakan..beginilh crnya cinta hati sy mula2 nk tdo..
 
lena sudah cinta hati sy tdo..agknya dh smpi ke bulan kot..hi3
 
Mcm mana kawan2, comel x cinta hati saya?ada x yg dh jatuh hati ngan dia?nnt klu ada time sy akan upload video dia main ngan kwn dia yg brnama oren..tp sbnrnya bkn main tp dia belasah..k la cukup smpi sini dulu sy citerkn ttg cinta hati saya..

Friday, October 14, 2011

Jawapan Untuk Soalan Cepu Cemas..♥

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Gempaq giler tjuk N3 kali nie..Mesti sapa yang baca tajuk nie tertanya2 apa yang trsirat dan trsurat dalam tajuk N3 nie..Sebenarnye xde apa2 pun..Saja jer wt tajuk mcm 2..hi3 (jgn marah saya ye..just gurau je)..

Al-kisahnya mcm nie, bg yg msih belum kawin mesti rimaskan bila ada insan2 yg prihatin tanya bila nak kawin, dh ada calon ke belum n mcm la soalan yg brmain dipkrn diorng nie..Dah la 2, ada pulak yg pndi2 ckp trlalu memilih la,xnk ikut sunnah Nabi Muhammad SAW n brbagai la tuduhn diaorg nie (eh..emosi plk aku)hi3..

Manusia mana yg xnk kawin n xnk mempunyai keluarga sendirikn..Tp nk wt mcm mana seru blum smpi lagi (hi3..poyos btul ayat nie)..Bg sapa2 yang senasib ngan saya,apa kata pas nie lau ada insan2 yg prihatin tanya tentang kawin kita jwb mcm nie:

Kenapa Lambat?
Kerna Allah tahu masa yg tbaik utk ku.

Dah Berpunya?
Ya. Kerna setiap org tlh ditetapkan jodoh masing2.

Siapa?
Nanti Allah akan perkenalkan kpd ku.

Bila?
Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti.

P/S: Kepada insan2 yg prihatin 2, jgnlah selalu btanya bila org tu nak kawen. Krn semua RAHSIA itu, tletak DI TANGAN ALLAH. Sampai masa Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah.

Selamat Menjawap... Hihihi
Senyum tak perlu kata apa2. ^__^♥


Nota: Terima kasih kepada Sebutir Kasih Sejuta Sayang kerana telah memberi jawapan nie kepada kami semua.. 

Jom Masuk..hu3

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Jumaat yang menenangkan dan indah..rasanya dah lama x update my blog..nk wt mcm mana xbrkesempatan nk conteng kt N3 sy nie..sjk akhir2 nie bz yg teramat2 sgt (poyo je ayat aku 2)hi3..mesti kwn2 heran/trkejut ngan tajuk blog sy kn..mcm something n pelik je bunyinya..

Sbnrnya sy nak share ngan kwn2 blog my sister..dia br je nk brjinak2 dlm dunia perniagaan (nk jd businesswoman la katakan)..dia jual barangan kanak2..sapa yg dah ada anak, bkl ibu atau yg belum kawin pun blh la lyn blog my sister n shopping trus klu berminat..tp klu just nk tgk2 pun apa slhnya (manalah tau nnt brkenan di ati..hu3)..

k nie link blog my sister di sini (jom shopping)

Nota: Sangat cantik, murah n menarik sgt2..(smpat lg promote 2..hi3)..beli tau jgn xbeli..♥

Wednesday, October 5, 2011

Kerat kuku..♥

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

rasanya dah lama saya xupdate blog nie..biasalah sjk akhir2 nie bz sgt2 (apa yg bznye ek..hi3)..pejam celik pejam celik dah masuk bulan oktober n dh hampir ke penghujung tahun 2011..skejap je kn time brlalu..rs mcm baru smlm je tahun 2011 dtg..hi3..

n3 kali nie sy rs mcm nk share ttg ada apa pada ari tertentu kerat kuku (mcm kelakar je ayat..entah apa2)..mesti ramai yg tau hari plg sesuai adalah ari jumaat utk kerat kuku..tp sapa tau apa maksud trsirat yang ada pada hari isnin-ahad sekiranya kita kerat kuku pd hari trsebut???bg yg blum tau jom kita selongkar maksud2 trsirat yg ada pada hari2 trsbt..
•Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
•Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
•Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
•Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
•Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
•Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
•Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati..misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah..bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih..

*sumber disini