PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Monday, December 5, 2011

1433H: AMALAN-AMALAN DAN PERKARA SUNAT

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa, maksud hadis : barangsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam, pahalanya umpama berpuasa 30 tahun. Maksud hadis : Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam iaitu Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala sepertimana beribadat selama 2 tahun.  

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3x.

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharam selepas Maghrib 3x.

14 Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 MUHARAM)

1.   Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadhilatnya: Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2.   Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya: Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3.   Menahan marah. Fadhilatnya: Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4.   Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya: Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5.   Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadhilatnya: Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 

6.   Bersedekah. Fadhilatnya: Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.   

7.   Memelihara kehormatan diri. Fadhilatnya: Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 

8.   Mandi Sunat. Fadhilatnya: Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 

9.   Bercelak. Fadhilatnya: Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah (Al-Ikhlas) hingga akhir 1,000X. Fadhilatnya: Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilatnya: Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz Niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah ( Al-Ikhlas) 11x.          

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadhilatnya: Tidak mati pada tahun ini. 

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilatnya: Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadhilatnya: Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 

Nota : Semoga bermanfaat kepada kita semua dan jangan lepaskan peluang mendapat pahala yang berlipat kali ganda dengan melakukan perkara yang mudah.  


No comments:

Post a Comment