PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Wednesday, July 20, 2011

Adab Minum Rasulullah SAW

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
    dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. 
Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
2. Bacalah " Bismillah".
3. Minum dengan tiga nafas.
4. Minum dalam keadaan duduk.
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawa saki baki air  minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

Tuesday, July 19, 2011

Khasiat Tauge

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.. Bagi saya, tauge merupakan sayur yang sedap tambah2 lagi makan ngan nasi panas..fuhhhh..Jom kita ketahui khasiatnya..

1) Cegah Kanser 
Tahukah anda, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan punca kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2) Baik Untuk Wanita 
Bagaimanapun, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang , serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3) Lebih Subur 
Selain itu, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

4) Kurangkan Lemak 
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450%. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau 'lemak jahat' LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

5) Lebih Muda 
Tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

6) Buang Kotoran 
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
 
Nota: Jadi, marilah kita sama-sama makan tauge byk2..Bagi yang xminat ngan tauge, belajar2lah makan ek..

Cian Si Comelku

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Alhamdulillah, hari ini dah 17 syabaan..nie bermakna hanya tinggal 12 hari saja lagi kita akan menyambut ramadhan al-mubarak..pasti seronokkan..bagi sapa-sapa yang masih berhutang puasa tahun lepas cpat2lh bayar ek..jangan lengah2kn lagi..(hihihi)

N3 kali nie saya nak citer tentang si comel yang sangat saya sayang giler2..(dahsyat x)..Mcm nie citer dia..Semlm saya nak pergi siram pokok kat depan umah..Ain nie biasalh dia bukan blh tgk saya ada kt luar umah..Dia pun gelisahlh tgk sbb ingat saya nak tinggal dia..Entah mcm mana dia panjat pintu grill 2 pastu kaki dia tersangkut  kat jaring yang ada kat pintu grill 2 dan kaki dia terkulai ngan keadaan kepala ke bawah..Bila dengar suara dia jerit sakit, saya cepat2 dapatkan dia n selamatkan dia..Masa selamatkan dia, sempat jugak la tanagn saya kena cakar ngan dia..Mungkin sbb dia terkejut, takut n sakit kot..Tapi saya xkisah sbb bg saya dia xde pe2..

Susah jugak nak kuarkan kaki dia dari jaring 2 sbb dia mengelupur..Tapi saya gagahkan jugak sbb xsanggup tgk dia mcm 2..Hampir 10 minit, alhamdulillah saya berjaya selamatkan dia..Lepas 2, saya terus dapatkan dia yang dalam ketakutan..Sambil peluk dia, saya ckp ngan dia sambil mengalirkan air mata sbb saya xsanggup klu apa2 berlaku pada dia..
Saya : Ain sakit x? Nak ummi urutkan kaki Ain x? Ummi sayang Ain..Ummi xnk Ain sakit..(sambil menangis)
Ain : Meow (ngan nada yang sedih)
Saya : Ain sayang ummi x? Klu Ain sayang ummi, lainkan Ain jgn main mcm 2 ye..Tak nak panjat2 dh..Ain kn girl2..(makin laju airmata mengalir n suara teresak2)
Ain : Meow (masih sedih n takut)
Saya : Jom kita tdo..Ain rehat ye..xnk main tau..(dah kurang skit menangis)
Ain : Meow (itu je bahasa yang Ain tau)

Pastu kami pun masuk bilik utk tdo..Dia pun xaktif mcm sll..klu x jgn harap dia nk tdo awl..

Bila bangun pagi tadi saya rasa gembira sgt2 sbb dia dh blh main mcm biasa..n jalan pun ok..xde tanda2 mcm patah pun..Syukur sgt2..Terima Kasih Ya Allah sbb selamatkan Ain..

Nota: Saya biasakan diri ngan Ain ialah ummi..(mcm mak ngan anak plk)hihi..

Monday, July 18, 2011

Penjagaan Kuku

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Wajah, rambut dan kulit sering menjadi perhatian individu tatkala bercakap soal kecantikan. Namun, bagaimana pula dengan kuku?
Sebenarnya, kuku juga memainkan peranan penting dalam soal penampilan. Jangan lupa setiap kali berbicara, tangan kita turut bergerak dan pastinya kuku antara anggota yang mudah dilihat.
Menjaga kuku sebenarnya tidak sukar. Hanya potong dan bersihkan, itu sudah mencukupi. Ingat! Andai ia berpenyakit pasti sukar merawatnya. Penyakit cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam, berwarna kuning atau hitam pasti menjejaskan penampilan.
Rutin Penjagaan Kuku
1. Pastikan kuku dibersihkan selalu terutama bagi mereka yang sering melakukan kerja rumah seperti memasak. Jangan potong kuku terlalu pendek.
2. Rendam dalam air suam dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.
3. Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok kuku dengan kain untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.
4. Pemakaian pelembap tangan dan kuku mengandungi vitamin C membantu mencantikkan kuku.
5. Minum banyak air dapat membantu mendapatkan kuku yang sihat, kuat dan cantik.

Ciri-Ciri Anak Yang Soleh Dan Solehah

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Hari nie hari isnin minggu ketiga bulan julai bersamaan 16 Syabaan..kalau kawan2 perasan, pada N3 yg lalu saya ada cerita tentang suami n isteri solehah..tp pada N3 kali ini, saya nak kongsikan mengenai "Ciri-ciri Anak Solehah"..Jom kita baca..
“Didiklah anak-anakmu dan perbagus adab mereka” (HR. Ibnu Majah)

♥ Mempunyai iman dan aqidah yang sempurna.
♥ Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa,membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal. 
♥ Menghormati Ibubapa,guru,orang tua,jiran & kawan.
♥ Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
♥ Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.
♥ Sentiasa berdoa kepada ibubapa samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
♥ Memiliki akhlak dan moral yang baik.
♥ Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan mahupun pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa. ♥ Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
♥ Ikhlas, yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.

Nota: Ada x ciri-ciri tersebut dalam diri kita? Kalau ada alhamdulillah tapi kalau sebaliknya marilah kita berubah..Sayangilah ibubapa kita..