PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Thursday, June 30, 2011

Masalah Rambut

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...


Rambut adalah mahkota paling berharga bagi setiap manusia..Ia penyeri dan bonus tambahan untuk mengubah penampilan wajah agar lebih menawan..Tanpa penjagaan rapi, mahkota yang bersinar akan pudar serinya dan tidak lagi cantik bercahaya..Tanggungjawab anda untuk memastikan ianya berkeadaan demikian kerana setiap helaian itu ada maknanya..Ia menunjukkan bahawa anda sihat, cantik dan yakin pada diri sendiri..
Antara Masalah Rambut:-
1) Rambut Rapuh: Disebabkan oleh proses kimia yang berlebihan terutama semasa proses mengeriting dan mewarnakan rambut..
2) Rambut Bercabang: Kerana kutikel yang rosak..Ia juga berlaku mungkin diakibatkan oleh kesan gunting yang tidak cukup tajam..Pemotongan rambut oleh pendandan rambut profesional digalakkan untuk mengatasi masalah rambut bercabang..
3) Rambut Kering: Disebabkan permukaan rambut kasar kerana hilangnya kelembapan semulajadi rambut..
4) Rambut Kusam: Terjadi kerana pigmen warna rambut sama ada secara semulajadi ataupun buatan mudah hilang disebabkan terik matahari..Selain itu, debu dan kotoran yang melekat pada rambut menyebabkan rambut menjadi kusam..
5) Rambut Yang Susah Dibentuk: Terjadi pada rambut yang tidak mendapat perawatan dengan baik..Ia kurang pelembab, kekenyalan rambut berkurang sehingga rambut menjadi kaku..Rambut kusut tergolong jenis rambut yang sukar dibentuk..Rambut jenis ini kehilangan semua kutikel sehingga menjadi kasar..
6) Rambut Berkelemumur: Berlaku akibat pengelupasan kulit kepala dalam jumlah kecil dari kulit kepala yang normal..Keadaan ini berlaku bukannya kerana kulit kepala kotor atau pemakaian jenis syampu yang salah, mungkin kerana faktor kulit gatal, pertumbuhan kulit kepala yang baru, faktor keturunan keletihan, suhu yang terlampau, kegemukan dan perawatan kulit yang kurang..

Wednesday, June 29, 2011

Peristiwa Israk dan Mikraj


BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, saya ingin berkongsi mengenai peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj
Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan
api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.
Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v.
Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x.Tangga Ke-10: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.   
Rasulullah  Labbaika.  
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.  
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T  : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya 
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi S.A.W langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.W.T. Allah S.W.T. telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda S.A.W.
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Lagi Tentang Masalah Kaki

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Nak sambung tips mengenai kaki pada N3 hari tue..Hari nie nak kongsi tips mengenai kaki kering, berkulat, lenguh dan tumit pecah/kulit kaki keras...

1) Kaki Kering : boleh menyebabkan tapak serta permukaan    kaki bersisik dan kelihatan tidak sihat..
Cara Mengatasinya:
* Gunakan selipar dan sandal yang selesa ketika di rumah..
* Gunakan pelembab yang sesuai selepas mandi..
* Pastikan menggunakan sabun berpelembab..

2) Kaki Berkulat : disebabkan oleh keadaan kaki yang sentiasa lembab dan tidak bersih. Masalah ini diakibatkan oleh pemakaian kasut yang tidak kering..
Cara Mengatasinya:
* Pastikan kaki anda sentiasa bersih dan kering setiap masa..
* Sapu krim anti fungus atau minyak tea tree yang sesuai dan berkesan..
* Tukar kasut seelok-eloknya setiap hari..Sesuaikan kasut dengan aktiviti..

3) Kaki Lenguh : disebabkan oleh ketegangan di bahagian kaki kerana banyak berdiri atau berjalan..
Cara Mengatasinya:
* Lakukan urutan atau refleksologi bagi melegakan kaki yang lenguh..
* Rendamkan kaki ke dalam air suam selama lima hingga sepuluh minit..Lebih berkesan, campurkan dengan minyak aroma terapi..
*Lakukan senaman kaki seperti picitan, regangan, melentur dan menarik jari kaki..
4) Tumit Pecah Dan Corns : ia disebabkan oleh sel kulit mati yang menjadikan tapak kaki kelihatan kotor dan keras..
Cara Mengatasinya:
* Pakai kasut yang sesuai dengan kaki anda..
*Sapukan losyen yang sesuai bagi melembutkan tumit yang pecah dan keras..
* Petua lama, sapukan getah betik pada tumit kaki yang pecah..
* Elak berjalan ayam di luar rumah atau di atas lapisan kasar dan keras..

Nota : Diharapkan ianya berkesan kepada sesiapa yang ada mengalami masalah sebegini..Selamat mencuba..

Tuesday, June 28, 2011

Terjemahan Surah Al-Fatihah

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 
[2] 
 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. 

Lempeng n Kari Ayam

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Semalam menu makan malam aku kari ayam hutan buatan ku sendiri bersama sayur sawi dan ikan goreng..Sedap hingga jilat jari (puji diri-sendiri)..Bangun pagi tadi aku pergi ke dapur nak buat sarapan..Pastu aku selak tudung periuk tengok kuah kari ayam semalam masih ada lagi..So dalam hati aku terdetik "kuah kari nie kalau cicah dengan lempeng sedap nie..."Tanpa berlenggah lagi aku terus ambil bekas, tepung gandum, garam n air..Bermulalah proses buat lempeng..Masa bancuhan masuk dalam kuali, bau dia betul2 buat aku tak sabar untuk makan..Aku rasa dah lama tak makan macam nie..Bila dah siap masak aku tak terus makan sebab aku nak bawa pergi ofis..

Bila sampai ofis, tanpa buang masa aku terus buka tupper ware dan makan ngan rakan kerjaku..Sekali makan memang sedap dan makan sekeping pasti tak cukup..Tapi itulah aku tak sempat nak amik gambar sebab dah habis aku n rakanku makan..Sebelum makan tue memang tak ingat nak amik gambar..Bila sudah kenyang dengan menikmati lempeng, baru aku teringat yang aku lupa nak ambil gambar..

LEMPENG + KARI AYAM + KOPI O PANAS = SEDAPPP 

Monday, June 27, 2011

Sebuah Catatan Perjalanan

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Harus bagaimana hendak aku mulakan 
catatan perjalanan yang panjang dan berliku 
musim demi musim mengumpul aksara penantian 
terhimpun dalam satu nostalgia bernama pengalaman

Harus sampai bila terus ku simpan 
rindu yang berjajaran di pelabuhan usia 
suatu waktukan tetap bahtera 
melabuhkan sauhnya

Harus hari ini kita corakkan sendiri 
namun aku tiada daya hanya menanti 
di hujung dermaga melihat senja merah 
perlahan-lahan hilang bersama 
sekawan burung terbang

Harus dengan apa lagi 
sehingga bisa kau mengertikan 
hasrat cinta yang harum 
pada selendang malam yang terang 
disuluhi cahaya bintang

Jika kau tau 
harus bukan begini 
kesudahannya

Mentari Merah Di Ufuk Timur

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi… Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi

Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi…

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada…
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku

Yang tinggal…



Selamat Hari Lahir Abangku.....

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Hari nie 27/6 genaplah usia abangku yang ke-39 tahun..NOORAZHAR nama yang diberi oleh abahku..Abangku ada 4 orang anak yang comel2 n cerdik2 belaka..tp apa yang penting abangku mempunyai seorang isteri yang cute..

Di kesempatan ini inginku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR...Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki.. Semoga dilimpahi kebahagiaan dan kasih sayang abang sekeluarga serta mendapat keberkatan, kerahmatan n keredhaan Allah swt..AMIN
"HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO NOORAZHAR...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..."

Saturday, June 25, 2011

Tenangkan Jiwa Dengan Doa

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

'Dari Abi Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa seorang sahabat bernama Abu Umamah sering berada di masjid tidak kira siang ataupun malam..Rupa-rupanya, Rasulullah SAW sentiasa memerhatikan keadaan Abu Umamah itu yang sudah sekian lama tinggal di masjid meskipun bukan pada waktu sembahyang..
      Akhirnya, Rasulullah SAW memanggil Abu Umamah dan kemudian bertanyakan kepadanya sebab-sebab dia berbuat demikian..Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah saw bahawa dia ditimpa kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan dia merasa amat gelisah jika tinggal di rumah lantaran terlampau banyak hutang..
         Rasulullah saw seterusnya berkata kepada Abu Umamah:"Aku berikan kepadamu beberapa kalimat, amalkanlah dengan baik setiap hari, moga Tuhan akan memberikan kelonggaran kepadamu"..Kemudian Rasulullah saw pun membacakan kalimah-kalimah tersebut dan Abu Umamah mendengarnya dengan teliti..
         Abu Umamah membaca dan mengamalkannya siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan akan memberikan kelnggaran dan kelapangan kepadanya..Tidak lama kemudian kedukaan dan kesedihan yang dirasai oleh Abu Umamah berkurangan sedikit demi sedikit, semakin lama semakin berkurangan dan akhirnya hilang sama sekali dan terbuka pula dalam fikirannya jalan-jalan yang terbaik untuk menjelaskan hutang seluruhnya..'


Nota: setiap masalah yang kita hadapi, marilah kita selesaikannya dengan berdoa untuk meminta pertolongan dariNya..agar masalah kita dapat di atasi..

Friday, June 24, 2011

PadaMu Ku Bersujud

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Sayu rasa hati bila dengar dan hayati lirik lagu nie..
Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu


Thursday, June 23, 2011

Masalah Kaki Berbau...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...


Ari nie nak kongsi tentang masalah kaki berbau dan cara mengatasinya..sapa2 yang ada masalah sebegini bolehlah amalkan..tapi siapa yang ok ambil sebagai ilmu pengetahuan..
1) KAKI BERBAU :-
Ia disebabkan oleh peluh yang terkumpul di bahagian kaki ketika memakai kasut. Kuman ula melekat di bahagian kaki akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.       
Cara Mengatasinya:    
* Kerap menggantikan stoking sekurang-kurangnya sekali sehari..
*  Sentiasa bersihkan kulit kuku yang mati dari telapak kaki. Basuh dengan air suam dan keringkan secara menyeluruh..
* Pakai kasut dari bahan yang diperbuat daripada kulit. Ini memudahkan kaki bernafas dan elakkan keluarkan peluh yang banyak.. 
* Gunakan penyembur untuk hindar bau kaki. Ia lebih berkesan berbanding menggunakan bedak..

Nota: Selamat mencuba..di lain hari nanti saya akan tulis bagaimana cara untuk mengatasi masalah tumit pecah dan kaki kering..

Wednesday, June 22, 2011

Usiaku Bertambah Lagi..

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Hari kian berlalu, Bulan kian berganti dan tahun datang dan pergi..Alhamdulillah, umurku telah bertambah lagi..Dua puluh bulan enam dua ribu sebelas (20/06/2011) genap usiaku dot dot dot..Rasanya baru semalam aku menyambut tahun kelahiranku yang ke-17 tahun..ha3.."Ya Allah, terima kasih kerana Engkau telah pangjangkan umurku dan mengurniakan kesihatan yang baik..Tetapkanlah imanku kepadaMu, cekalkan hatiku dalam hadapi segala dugaanMu dan ujianMu, perluaskanlah rezekiku dan limpahilah kebahagiaan serta kasih sayang dalam diriku hingga ke syurgaMu.."Amin..

Sepanjang hayat aku banyak kenangan yang aku tak dapat lupakan..Ada yang manis n ada yang terlalu pahit untukku telan..Tapi alhamdulillah Allah telah memberi aku satu hati yang cekal n tabah untuk aku lalui semua ini.."Terima kasih Ya Allah.."bak kata pepatah "Berat Mata Yang Memandang Tapi Berat Lagi Bahu Yang Memikul.."hihi..dahsyat betoi..ha3..Tapi itulah hakikatnya..Aku terima ianya sebagai lumrah kehidupan..Semua yang berlaku itu dapat mematangkan diriku dan mengajar aku apa itu erti kehidupan sebenar..Malah aku bersyukur kerana Allah sayangkan aku sbb itu Dia limpahkan aku dengan dugaan sebegini..AMIN
"SELAMAT HARI LAHIR KE-dot dot dot TAHUN BUAT DIRIKU.."

Tuesday, June 21, 2011

Kehidupan Sebenar....

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna..Banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan..Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah..Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan airmata..Selagi prinsip hidup berada diatas landasan yang betul, usah digusar pada Anugerah Tuhan..Anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan..