PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Thursday, January 19, 2012

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’” 

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

*Sumber lamankongsi

Tuesday, January 10, 2012

Petua Imam Syafie

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Doa.
Zikir.
Itulah kekuatan seorang muslim :)
 
Note: Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥

Monday, January 9, 2012

Si Comelku Chakkk..

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Masa berlalu begitu pantas sekali..Hari ini kita berada dalam hari yang kesembilan pada tahun 2012M/1433H..Bagaiman dengan kehidupan kawan2 semua setakat hari ini?Ada yang menghiburkan hati?Kalau ada, marilah kita sama2 memanjat kesyukuran..Tapi bagi yang dalam keadaan berduka, semoga anda semua tabah dan sabar dalam mengharungi apa jua keadaan..Dan marilah kita sama2 berdoa agar pada tahun 2012 nie akan memberi seribu kemanisan dan kegembiraan dalam hidup kita serta dikuatkan iman dan tingkatkan ibadah kita.Amin

Sudah lama rasanya saya xcoretkan n3 di laman ini..Rindu untuk mencoret 2 ada tapi oleh kerana rasa kemalasan itu membuatkan n3 ini tidak terisi..Tapi hari ini saya gagahkan diri serta semangat untuk melawan rasa malas yang menghantui diri saya itu..Pada n3 kali nie saya nak share picture "BUAH HATI" yang tersangat comel (comel ke..hi3)..Ok la..Tanpa membazirkan masa, jom kita sama2 layan pic "BUAH HATI" saya nie..



entah apa yang ditengok pun xtau la..sampai senget2 kepala..agaknya tgh blajar matematik kot..








macam dia faham plk apa yg ada kt screen 2...nie la aktiviti dia (suka kacau) klu saya tgh ngadap komputer..







time nie dia dh boring..minta dilayan tp xdilayan jgk..so tgk je la..lg satu klu kawan2 sume nak tau..Ain nie pantang tgk saya cakap dengan hp..klu dia nmpk n dengar pasti dia buat bising n gigit kita minta beri perhatian..erti kata lain dia nie macam "Cemburu" (mcm manusia plak..hi3)..tp itulah hakikat yang sebenar..

Sebenarnya banyak lagi gambar dia yang nak ditepetkan kat n3 nie..Tapi masa tak mengizinkan..InsyaAllah lain kali saya akan tepetkan gambar dia lagi..Maybe lain kali saya akan tepetkan gambar2 gaya dia tidur.

Saturday, December 31, 2011

40 Nasihat Saidina Ali Karramallah Wajhah

BISMILLAHHIRRAHMANNNIRRAHIM...

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan kitab Al Bayan Wattabyeen.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

5. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

9. Ilmu adalah lebih baikdaripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangakan ilmu menjaga kamu

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

12. Mengajar adalah belajar

13. Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

14. Insan terbahagi kepada 3 :
      a) mereka yang mengenal Allah
      b) mereka yang mencari kebenaran
   c) mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
 **Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.

21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas

22. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya

23. Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29. Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40.Jika kamu telah menguasai musuhmu,maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Thursday, December 29, 2011

Hampir Ke Penghujung

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana masih lagi memberi kita peluang untuk bernafas pada hari nie..Jadi, marilah kita sama2 manfaatkan peluang ini dengan meningkatkan lagi ibadah kita dan memperbaiki segala kekurangan yang ada dlm diri kita..Rebutlah peluang ini sebaik yang mungkin..

Setiap detik dan masa amat bermakna buat kita..Andai terlepas satu saat amatlh rugi buat diri kita..Jom kita baca dan fahami surah Al-Asr (Demi Masa) iaitu 


Hanya tinggal beberapa hari, jam, minit dan saat je lgi kita akan menjengah ke tahun baru masihi iaitu tahun 2012..Sudah bersedia ke kita untuk ucapkan selamat tinggal pada 2011 dan selamat datang 2012..Berapa byk amalan dan kebaikan yang kita kumpul dan lakukan pada tahun 2011?adakah segala impian dan azam kita tercapai pada 2011?ataupun kita trpaksa bawa impian dan azam itu ke tahun 2012?

Macam saya, azam dan impian terpaksa di bawa ke tahun 2012..sbb segala impian dan azam sy xdpt ditunaikan pd tahun 2011 nie memandangkan hanya tinggal bbrp ari sje lg..tp xapa, saya xblh putus asa dan saya akan cuba capaikan sume itu pada tahun 2012 dengan izin Allah..kita hanya mampu merancang..

Dan saat2 akhir 2011, saya tlh mmbawa diri ke satu temuduga @ dlm bhs om putih interview di Jengka (di slh satu daerah negeri tmpt saya dilahirkn Pahang) sbg cikgu atau om putih sebut teacher KAFA (kelas al-Quran dan fardhu ain)..ms ari interview 2 saya rs penat dia mcm org kait buah sawit je..ye la dari kul 8.30am saya duduk kt situ smpi kul 3.00pm..sume peserta ada 24 org stlh ditolak yg xdtg 3 org..saya punya angka giliran no.23 dari 27 org yg spttnye ada (dh hujung2)..wluapapun saya anggap ini sbg pngorbnan n cbrn..biar susah dl n senang kemudian (HeHeHe)..hrp2 saya akan berjaya dlm interview yg trakhir nie pd tahun 2011 (sbb dh nk msuk 2012, so dh xde la interview utk thun nie)..

Now, nak story skit la perasaan naik bas..n skali2 naik best jgk..tp sbnrnye mcm2 perasaan ada tau dan perasaan yg plg kuat adalh takut..mcm2 bermain dlm pkrn nie..utk ke Jengka, sy tlh pilih Metrobus Ekspress..nk tau x knp sy pilih bas nie?best ke bas nie?jeng jeng jeng..utk knowledge kwn2,sbnrnye nielh satu2 ye bas yg ada utk terus ke jengka..sbb 2 la sy pilih bas nie dan bas ada kt pekeliling je..sbnrnya bas nie mmg best pun sbb ia xmmboringkn, bersih, selesa dan yg penting dia ada ciri2 keselamatan..driver dia mmandu scr berhemah dan mengikut undng2 jlnraya..mmg trbaik la abg2 Metrobus Ekspress..pastu prjlnn slma 3 jam tue xmemenatkan lgsung..harga tiket pun baru RM15.60 brbanding klu drive sndr..tp yg sbnr2nya saya xtau jln nk ke Jengka tue..sbb 2 amik keputusan naik bas..tkut sesat..HeHeHe

Di kesempatan nie, saya nk ucapkan jutaan terima kasih yang tdk trhingga kpd kakakku Julaidah Hamzah dan abang iparku Ahmad Faizal yg byk abiskn ms utk jayakan interview saya, serta menyediakan penginapan 5 star, memberi makan n minum yg superb dan lynn yg istimewa dr kalian berdua..lain kali jgn serik terima kehadiran adik ye (hihihi)..ikan kicap akk mmg sedap (ikhlas puji nie)..disbbkn interview xlps lg je adik mkn skit..klu x mesti tmbh nasi..tak lupa juga kepada yg byk mmberi kata semangat dan doa yg tidak putus2 kepada saya iaitu Mak, Abah, Kak Long, Abg Ngah, Kak Teh, Abg Noor, Akak, abg2 ipar, kakak2 ipar serta anak2ku yg tercinta yg byk mmberi kata semangat dan doa yg tidak putus2 kepada adik..dan buat Ain terima kasih kerana memahami..

"TERIMA KASIH BANYAK2"