PROMOSI OKTOBER 2013

PROMOSI OKTOBER 2013
BELI 6 FREE 1 (SUPERRRR JIMAT)

Tuesday, September 13, 2011

Menangani Anak Yang Suka Melawan Kata

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Sepatah diucap, 10 patah dijawab. Tentunya ramai ibu bapa yang berasa sakit hati bila anak melawan kata-kata. Lebih memeningkan bila sikap tersebut sebati dengan diri mereka. Pasti memalukan bila perkara ini terjadi di hadapan orang ramai, tentu ibu bapa dianggap tidak mengajar anak adab sopan. Bagi menghindari sikap negatif ini dari berterusan hingga dewasa, jom kita ambil pendekatan berikut:

1. Katakan sekali sahaja
♥ Praktikkan dengan menggunakan kes anda sebagai contoh dan kemudian jangan mengungkit lagi. Biarkan sahaja komen kurang enak daripada anak anda. Jika perlu, tinggalkan situasi itu. Biarkan anak menyesuaikan diri dengan perkataan – Sudah!
 
2. Berikan mereka peluang merungut sedikit
♥ Asalkan segalanya dilakukan tanpa melampaui batas, anda boleh memberinya peluang menyuarakan perasaannya. Pada kebiasaannya, dia mungkin akan berkata: ‘Mengapa perlu saya buat begitu?” Namun, ingatlah bahawa persoalan itu tidak semestinya dijawab. Lazimnya, bebelan si anak sebenarnya bermakna: “Saya akan buat walaupun saya sebenarnya tidak suka melakukannya.”
 
3. Tetapkan peraturan untuk berdebat
♥ Sesetengah kanak-kanak sebenarnya suka berdebat tentang sesuatu isu. Jika anak anda suka idea ini, pastikan peraturan ditetapkan tentang bila dan bagaimana isu ini boleh didebatkan. Misalnya, larangan meninggikan suara, tidak memanggil dengan nama yang bukan-bukan dan mendengar pandangan orang lain secara senyap. Syarat-syarat itu sebenarnya menjadi latihan terbaik untuk anak belajar bagaimana membuat pilihan dalam hidup pada masa hadapan.
♥ Selain itu, anda juga perlu memahami kebenaran bahawa terdapat sesetengah perkara yang tidak boleh diperdebatkan. Ia menjadi hak mutlak atau sesuatu yang lebih baik untuk membiarkan ibu bapa membuat keputusan. Ibu bapa juga perlu memberikan satu jawapan standard andainya segelintir isu tidak boleh diperdebatkan. Contohnya, memberi jawapan seperti ‘perkara ini tidak harus dibincangkan’.
 
4. Berikan pilihan
♥ Daripada sekadar memberi anak arahan, cuba tawarkan anak untuk membuat pilihan atau alternatif. Anak yang suka berdebat biasanya tidak akan mempunyai banyak peluang untuk berlatih kemahiran tersebut jika anda menawarkannya pilihan. Misalnya, elakkan daripada berkata: “Buat kerja rumah awak sekarang juga.” Sebaliknya, anda boleh memberikan alternatif kepada anak dengan berkata: “Adakah awak mahu buat ulang kaji atau membasuh pinggan mangkuk dahulu?” Jika jawapan yang diberikan adalah “Bukan kedua-duanya”, mungkin anda boleh memberi senyuman manis dengan berkata: “Jadi, tiada satu pun antara dua pilihan itu yang awak mahu?”
 
5. Fikir balik
♥ Anak yang melawan cakap ibu sekali sekala besar kemungkinan akan terus melakukan perkara yang sama atau keadaannya boleh bertambah teruk. Jadi, jika ibu bapa memberi maklumbalas secara tenang dan dengan autoriti, tabiat buruk itu akan berhenti dengan sendirinya.
 
6. Jelaskan harapan anda
♥ Luangkan masa untuk membincangkan perkara ini dengan anak. Beritahu anak tentang akibat yang bakal dihadapinya jika berlaku cakap-cakap di belakang. Antara akibat itu adalah anak hilang keistimewaan yang dinikmatinya sekarang seperti penggunaan telefon, menonton televisyen atau peluang melawat kawan.
 
7. Jangan biarkan
♥ Bila-bila sahaja anak melawan kata-kata anda, hentikanlah perbualan itu dengan serta-merta. Jika perlu, keluarlah dari bilik atau tinggalkan anak sebentar. Sekiranya anak mengekori anda, jadilah seorang yang tenang tetapi tegas dan beritahunya bahawa anda tidak dapat bertoleransi terhadap sikapnya yang tidak menghormati anda. Apabila berada dalam keadaan tenang, anda boleh memutuskan akibat atau hukuman yang setimpal untuk anak-anak yang melawan cakap anda.
 
8. Didik
♥ Jika anak anda yang biasanya menunjukkan rasa hormat tiba-tiba berubah sikap, renung matanya dengan bersungguh-sungguh dan berkata, “Apa yang awak sedang lakukan ialah melawan cakap dan ini tidak sesekali dibenarkan!” Teruskan perbualan itu jika dia tidak melawan kata dan pastikan anak memenuhi permintaan anda. Sebaliknya, elakkan dari pada berdebat mengenainya. 

*sumber di sini

Monday, September 12, 2011

Raya Jom Raya...(Gambar 2)♥

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Pada N3 kali nie saya nak kongsikan gmbr raya part 2..nie sume gambar adik-beradik n family masing2 serta gambar anak buahku..
family kak long..ank teruna hanya sorng n ank dara ada 4 org..
abg ngah bersama satu2nye anak yg dia ada..
kak teh bersama tujuh org anaknya(ramai x)..hu3
abg noor bersama familynya..hanya satu ank pompuan n 3 hero..mmg gamat..
akak n abg faizal bersama puterinya yg giler upin n ipin..hi3
ank buahku yg ramai..hu3
ank buah yg sdh jd ank dara..tgu time org msuk minang(tp xblh sbb msg2 study lg)..ha3
heroku..hi3
kami sekeluarga bersama family ayah chik(adik mak)..hu3..ramai x???

Raya..Raya..Raya...(Gambar 1)♥

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Alhamdulillah, hari nie dh msuk hari ke 14 syawal..raya tahun nie umah saya meriah sbb adik-beradik sume ada blik beraya bersama..pada kebiasaan, setiap kali raya ke-2 kitaorg blik kampung di Pekan,Pahang bg menziarahi kubur arwah atuk n nenek serta pegi menziarahi ke rumah saudara mara....tapi pada tahun nie xdpt nk blik sbb mak xbape sihat..wlupun xblik, raya tetap meriah di rumah sendiri dgn kehadiran saudara mara n kehadiran tetamu yg tdk putus2..seronok sgt2..sll kami serbu umah saudara mara tp tahun nie saudara mara dtg serbu umah kami..rs terharu n teruja sgt2..hrp2 tradisi nie dpt diteruskan..di sini saya sertakan beberapa gmbr raya utk kongsi ngan kwn2..
My dad..luv u♥mmmuaahh
My mom..luv u♥mmuahhh
Nie gmbr abh, mak n adik mak..cuba teka yg mana adik mak???
nielh saya..hi3
nielh adik beradik saya yg tinggal drpd 12 org..sama x muka???
Nie gambar abg2ku..hensem x???
Gambar saya ngan adik beradik pompuan aje..sama x muka kami???
Abg Long n Kak Long yg malu2..hi3
Abg Noor n Kak Yani..romantik x???hu3
akak n abg Faizal..trlebih sudah..hu3
mkn2 pada raya pertama bersama saudara mara yg dtg bertandang ke rumah..hi3

Thursday, September 8, 2011

Kelebihan dan Fadhilat Puasa Enam♥

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah saw kerana dengan limpah kurniaan ALLAH, kita berjaya melaksanakan ibadah puasa Ramadhan sebulan dan sekarang kita berada dalam bulan Syawal. Bulan yang juga dimuliakan oleh Allah kerana padanya ada amalan berhari raya iaitu pada 1 syawal, dan padanya juga ada amalan berpuasa sunat yang amat besar ganjaran pahalanya, dari Abu Hurairah (r.a), Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan , kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal, adalah seperti berpuasa setahun.”

Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadhan dan berjaya menjalankan ibadah puasa, umat islam sekali lagi diberikan peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu dengan berpuasa enam. Satu keistimewaan yang difahami dari sabda Nabi Muhammad SAW itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling berharga disediakan kepada orang-orang yang mengejar nikmat dan kemurahan Allah taala sepanjang hidup terdapat pula di bulan syawal iaitu puasa enam hari di dalamnya.

Ganjaran pahala diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang berpuasa enam di bulan Syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa setahun. Diantara kelebihan puasa enam hari di bulan syawal :
  1. Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurnaan pahala dari puasa setahun penuh.
  2. Puasa Syawal dan Sya’ban bagaikan solat Sunat Rawatib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan Solat Fardhu atau puasa fardhu, kerana pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunat. Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidak sempurnaan, maka amalan puasa sunat dapat menutupi dan menyempurnakannya.
  3. Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, karena apabila Allah swt menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya.
  4. Puasa Ramadhan dapat menghapuskan dosa-dosa masa lalu. Orang yang berpuasa Ramadhan akan diganjarkan pahala pada hari Raya puasa yang merupakan hari kemenagan atau pembagian hadiah, puasa enam syahwal merupakan rasa syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.
  5. Puasa enam hari dalam bulan Syahwal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup. 
Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan Nya.
    Antara fadhilat puasa enam pada hari pertama sehingga hari keenam adalah :
    • Pada hari pertama - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam.
    • Pada hari kedua - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf ; keluar dosa dari tubuhnya bagaikan dilahirkan dari perut ibu.
    • Pada hari ketiga - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakob ; sekiranya berpuasa tanpa diketahui oleh orang lain, Allah tidak rela untuknya pahala kurang dari syurga.
    • Pada hari keempat - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa
    • Pada hari kelima - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Isa ; menyamai berpuasa sepanjang tahun.
    • Pada hari keenam - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Rasulullah ; jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan istighfar untuknya oleh para malaikat.
    Nota : Hukum puasa enam pada bulan Syawal adalah sunat. Segala khasiat yang diperturunkan oleh fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Oleh itu, carilah keredhaan-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.

    Saturday, August 27, 2011

    ♥Selamat Hari Raya Aidilfitri♥

    BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...


    Masa berlalu begitu pantas..Pejam celik pejam celik, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini..Sedih rasa hati kerana Ramadhan akan meninggalkan kita dan adakah kita masih berpeluang untuk Ramadhan yang akan datang..Hanya Allah saja yang tahu..
    Setelah berlalunya ramadhan, kita akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri..Aidilfitri dijangka pada 30hb September 2011 bersamaan 01 Syawal 1432H yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi..Bagaimana dengan persiapan raya?Mesti meriahkan..Tapi kita kena ingat, belanja ikut kemampuan..Jangan sampai membazir dah la yea..Hi3
    Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri"..Bagi yang balik kampung tue, hati2 di jalanraya..Memandulah mengikut undang2 yang telah ditetapkan dan pastikan rumah dikunci dengan rapi bagi mengelakkan perkara2 yang tidak diingini berlaku..Dan ingat "Sambutlah lebaran ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan, bukan dengan kesayuan dan kesedihan"..
    Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan IA keruh
    Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan dia mendung
    Jika HATI seindah BULAN, hiasi ia dengan IMAN
    Dalam kerendahan HATI, ada ketinggian BUDI
    Dalam kemiskinan HARTA, ada kekayaan JIWA,
    Dalam kelembutan LIDAH, ada juga keterlanjuran KATA,
    Dalam GURAU SENDA tentu ada KHILAF dan DOSA.. 

    Sejuta keampunan kutitipkan,
    Moga redha Ilahi memberkati kita semua selamanya..
    Di lebaran yang penuh bermakna,
    Hayatilah sebaiknya..

    Ampun dan maaf dipinta,
    Moga cahaya Syawal kali ini
    memberi seribu makna dan berkat dariNya..
    Amin..
    "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
    MAAF ZAHIR DAN BATIN"

    Ikhlas dari: pu3salju85.blogspot.com 

    Nota: Selamat Hari Raya semua yang mengenali saya secara langsung atau tidak langsung..Mohon maaf ampun dipinta seandainya ada salah dan silap sama ada sengaja atau tidak sengaja..raya nanti jemputlah datang rumah saya di pahang..kedatangan rakan2 semua amat saya alu2kan dan pintu rumah sentiasa terbuka luas utk menyambut kedatangan kalian..